BJ Habibie akan dikebumikan di samping isterinya Ainun Habibie

Faris Danial Razi
September 11, 2019 14:33 MYT
Semua urusan pemakaman sudah disiapkan dan dikatakan bahawa urusan pengebumian pada esok akan dipimpin oleh Presiden Joko Widodo. - Gambar fail.
JENAZAH bekas presiden ketiga BJ Habibie akan dikebumikan bersebelahan dengan makam isterinya Ainun Habibie di Taman Pahlawan Kalibata, Jakarta Selatan.
Menurut Setiausaha Negara, Pratikno, segala persiapan makam yang akan dilakukan untuk keesokan hari telah disiap sediakan oleh rakyat negara itu.
"Pemakaman sudah disiapkan di sebelah Allahyarham Ainun Habibie di slot 120-121," kata Praktikno di Istana Kepresidenan, Jakarta.
Menurutnya, semua sudah disiapkan dan dikatakan bahawa urusan pengebumian pada esok akan dipimpin oleh Presiden Joko Widodo.
BACA: Bekas Presiden Indonesia, Habibie meninggal dunia
Jokowi juga sudah menyampaikan belasungkawa atas pemergian Habibie.
Beliau mengenali Habibie sebagai negarawan yang patut dijadikan teladan.
Selama ini Habibie selalu memberikan penyelesaian bagi setiap isu negara baik sahaja berkenaan ekonomi ataupun rakyat.
"Saya rasa beliau adalah negarawan yang patut dijadikan teladan.
"Setiap persoalan di negara kita baik soal ekonomi atau rakyat, beliau pasti akan memberikan penyelesaian dan kata-kata pendapatnya," kata Jokowi.
#Ainun Habibie #BJ Habibie #Indonesia #Jakarta Selatan #Joko Widodo #makam isteri #Pratikno #Taman Pahlawan Kalibata