awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Blok Selatan Afrika gesa sekatan Barat terhadap Zimbabwe dibatalkan

Bernama
Bernama
25/10/2025
20:00 MYT
Blok Selatan Afrika gesa sekatan Barat terhadap Zimbabwe dibatalkan
Pihak yang mengenakan sekatan diminta menilai semula pendirian mereka dan terlibat dalam dialog konstruktif dalam konteks dunia pelbagai hala moden. - Gambar hiasan
HARARE: Komuniti Pembangunan Selatan Afrika (SADC) sekali lagi pada Sabtu menyeru agar sekatan Barat terhadap Zimbabwe ditarik balik tanpa syarat, lapor Xinhua.
Setiausaha Eksekutif SADC Elias Magosi dalam kenyataannya berkata sekatan ekonomi terhadap Zimbabwe terus menjejaskan usaha SADC untuk mencapai integrasi ekonomi serantau dengan mengehadkan penyertaan penuh Zimbabwe dalam perdagangan, pelaburan dan pertumbuhan ekonomi bersama di sub-rantau itu.
"Pada Hari Anti-Sekatan ini, kami mengulangi semula solidariti SADC bersama rakyat Zimbabwe dan menegaskan seruan berterusan kami untuk penarikan segera sekatan ini," kata Magosi.
"Kami menggesa pihak yang mengenakan sekatan ini agar menilai semula pendirian mereka dan terlibat dalam dialog konstruktif dalam konteks dunia pelbagai hala moden," katanya.
Beliau berkata Zimbabwe mempunyai potensi besar dan menunjukkan daya tahan dari semasa ke semasa, sambil menegaskan yang penarikan sekatan akan membuka potensi menyeluruh negara itu serta membolehkannya memberi sumbangan bermakna kepada kemakmuran SADC dan Afrika.
Magosi turut menggesa negara anggota SADC untuk terus berdiri bersama Zimbabwe dan memperkukuh seruan agar sekatan dibatalkan tanpa syarat.
Pada 2019, SADC mengisytiharkan 25 Oktober sebagai Hari Anti-Sekatan bagi blok serantau itu untuk bersama-sama menyeru pembatalan sekatan berpanjangan terhadap Zimbabwe.
SADC ialah blok serantau selatan Afrika yang terdiri daripada 16 negara anggota iaitu Angola, Botswana, Comoros, Republik Demokratik Congo, Eswatini, Lesotho, Madagascar, Malawi, Mauritius, Mozambique, Namibia, Seychelles, Afrika Selatan, Tanzania, Zambia dan Zimbabwe.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Zimbabwe
#SADC
#sekatan ekonomi
#Hari Anti-Sekatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan