DUNIA
'Bodoh macam lembu'? Mungkin tidak, menurut kajian
Salah satu kemahiran Veronika hanya pernah dilihat dalam kalangan manusia dan cimpanzi. - Foto X/News from Science
VIENNA: Dengan menggunakan lidah yang kasar, panjang dan kuat, lembu betina Austria Veronika mencapai berus penyental dan menggaru badannya.
Tingkah laku luar biasa itu, lapor agensi berita Jerman dpa, menarik minat ahli biologi di Austria yang kini mengatakan mereka telah membuktikan secara saintifik buat kali pertama bahawa lembu ternakan boleh menggunakan alatan untuk sesuatu tujuan.
Dalam kes Veronika, haiwan itu memasukkan objek panjang ke dalam mulut dan menggunakan objek tersebut untuk menggaru pelbagai bahagian badan, malah bahagian bawah badan.
Kebolehan kognitif haiwan ternakan sering dipandang remeh, menurut Alice Auersperg dan Antonio Osuna Mascaro dari Universiti Perubatan Veterinar di Vienna dalam kajian mereka, yang diterbitkan dalam jurnal "Current Biology" pada Isnin.
Dalam banyak bahasa, istilah "lembu betina bodoh" ialah penghinaan untuk gadis dan wanita. Namun, Auersperg, yang berasal dari Bavaria, memberitahu dpa bahawa lembu betina bukanlah seperti itu.
Veronika tidak perlu menghasilkan susu dan tidak juga ditakdirkan untuk disembelih.
Ruminan itu hidup sebagai haiwan peliharaan dengan petani organik dan pembuat roti di wilayah Carinthia di selatan Austria.
Selepas Auersperg menerbitkan buku bertajuk "The Inventive Spirit of Animals" kira-kira setahun lepas, banyak orang memberitahunya tentang haiwan yang mempunyai kelakuan istimewa termasuklah menerima video Veronika.
Auersperg dan Osuna Mascaro kemudian merancang untuk mengkaji lebih lanjut mengenai lembu tersebut dan menguji kebolehannya secara eksperimen.
Kedua-dua ahli biologi itu juga menolak kemungkinan bahawa kelakuan Veronika ialah helah terlatih atau video yang dibuat dengan kecerdasan buatan (AI).
-- BERNAMA