Bolivia tawar suaka politik kepada Snowden

Astro Awani
Julai 7, 2013 05:18 MYT
Bolivia sedia memberi suaka politik kepada bekas kontraktor Agensi Keselamatan Negara Amerika Syarikat (NSA), Edward Snowden jika beliau mengemukakan permohonan melalui proses undang-undang.
Presidennya, Evo Morales berkata, kesediaan memberi suaka politik itu adalah satu bentuk protes kepada Amerika Syarikat dan negara eropah yang menghalang pesawat beliau menggunakan ruang udara ketika pulang dari Rusia minggu lalu.
Klik video untuk laporan penuh Astro AWANI.
#Bolivia #Edward Snowden #Evo Morales #suaka politik