awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penantian 15 tahun berakhir, pasangan dikurniakan cahaya mata hasil IVF tajaan TAFF
Kempen #MadaniMembantu dilancar, perkukuh usaha kerajaan bantu rakyat - Zulkifli
“Perang dengan Iran bukan piknik, tapi api yang membakar” - Kataib Hezbollah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bolu, graduan miliki nama terpanjang kini sensasi TikTok

Agensi
Agensi
02/08/2023
06:08 MYT
Bolu, graduan miliki nama terpanjang kini sensasi TikTok
Bolu mempunyai nama dengan 38 suku kata. - Facebook/University of Kent
BOLOWATIFE Oluwasemilore Oluwadamilola Oyekunle Ayanfeoluwa Emmanuel Michael Oladele, atau Bolu, boleh menambah sensasi TikTok sebagai salah satu pencapaiannya, selain daripada ijazah Sains Pengkomputeran dari University of Kent yang baru diterima.
Ini kerana, setakat ini lebih dua juta telah menonton video ketika Bolu, yang namanya disifatkan sebagai paling panjang di universiti, dipanggil untuk menerima skrol.
"Saya gembira berjaya menamatkan pengajian. Ia sebuah majlis graduasi yang hebat, dan kerana nama saya, ia pasti akan menjadi hari untuk diingati," kata Bolu.
Profesor Ben Cosh adalah individu yang berhadapan dengan tugas sukar untuk membacakan nama dengan 38 suku kata itu di Katedral Canterbury yang penuh sesak dengan pelajar dan ibu bapa.
"Ia satu penghormatan untuk memanggil pelajar naik ke pentas untuk menerima ijazah mereka. Anda mengumumkan kepada dunia bahawa individu ini telah melakukan sesuatu dengan baik di sebalik cabaran.
"Kerana itu, adalah penting untuk menyebut nama mereka dengan baik. Nama Bolu ialah satu rekod dan kami semua di Kent mendoakan yang terbaik untuk masa depannya," kata Cosh.
Seperti kebanyakan netizen di media sosial, Bolu kagum dengan usaha Profesor Cosh menyebut namanya.
"Beliau melakukannya dengan sangat baik. Beliau datang dan menemui saya selepas majlis itu dan memberitahu sangat teruja kerana ia adalah nama terpanjang yang pernah beliau sebut," kata Bolu.
Topic Berkaitan
#university of kent
#graduan
#bolu
#nama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan