awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bom Bangkok: Seorang warga Turki dikehendaki kerana miliki 'bahan perang'

AFP
AFP
02/09/2015
14:50 MYT
Bom Bangkok: Seorang warga Turki dikehendaki kerana miliki 'bahan perang'
Bom yang meletup di Kuil Erawan pada 17 Ogos lalu membunuh lebih 20 orang mangsa dengan kebanyakannya merupakan etnik Cina dari seluruh Asia. - Gambar fail
Polis Thailand telah mengeluarkan satu waran tangkap pada Rabu terhadap seorang lelaki warga Turki susulan kes pengeboman di Bangkok pada 17 Ogos lalu yang telah membunuh lebih 20 orang mangsa.
Jurucakap polis kerajaan Thai, Prawut Thavornsiri berkata waran tersebut dikeluarkan untuk menahan suspek bernama Emrah Davutoglu kerana memiliki 'barangan untuk tujuan perang'.
Ini merupakan waran tangkap kelapan yang dikeluarkan polis Thailand melibatkan kes pengeboman berkenaan.
Pengeboman di kuil yang terletak di simpang Jalan Ratchaprasong di tengah-tengah kota Bangkok itu juga telah mencederakan 120 yang lain.
Awal minggu ini, polis mengeluarkan waran tangkap ke atas Wanna Suansan.
Hasil serbuan ke rumah sewa suspek, polis menemui beberapa bahan membuat bom.
Wanna bagaimanapun berkata dia berada di Turki semasa kejadian terbabit berlaku dan menegaskan tidak terlibat dalam serangan berkenaan.
Pada Selasa, polis menahan seorang lelaki yang disyaki ada kaitan dengan letupan berkenaan di sempadan Kemboja.
Antara suspek yang disenarai dalam siasatan adalah pencabar politik tempatan, kumpulan penjenayah, militan ekstrem, puak pemisah dari Selatan Thai dan pelarian dari minoriti Uighur.
Topic Berkaitan
#bom bangkok
#kuil erawan
#letupan bom
#prawut Thavornsiri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan