Tiga etnik Uighur yang ditahan polis Thailand pada Jumaat atas kesalahan masuk secara haram ke negara itu pada tahun lepas, telah disoal siat berikutan kes pengeboman di Bangkok.

Penganalisis keselamatan menyifatkan tahanan etnik minority China itu mungkin kerana terlibat sebagai dalang pengeboman itu berikutan paksaan dihantar semula ke negara asal oleh Thailand.

"Polis di daerah Sa Kaeo telah pun menyoal siasat ketiga-tiga etnik Uighur," kata ketua Polis Thailand, Somyot Poompanmoung kepada pemberita di Bangkok pada Jumaat tanpa memberi maklumat yang lebih lanjut.

Sebelum ini puluhan etnik Uighur telah dihukum kerana masuk secara haram di Thailand pada Mac 2014.

Ramai didapati telah masuk ke negara itu melalui sempadan timur Thailand dan Kemboja, terutama sekali di wilayah Sa Kaeo, ketika satu serbuan dilakuan di sebuah kem yang disyaki melibatkan penyeludupan manusia di selatan negara itu.

Mereka mendakwa diri mereka sebagai warga Turki ketika ditanya pihak berkuasa Thailand mengenai warganegara mereka ketika Turki dan China berada dalam pergolakan antara kedua-dua negara itu.

Namun pada Julai, pihak berkuasa Thailand telah menghantar pulang 109 etnik Uighur ke China.

Tindakan ini dikecam teruk oleh kumpulan aktivitis Amerika Syarikat kerana bimbang dengan keselamatan mereka.

Ketika itu juga, kerajaan Thailand berkata kira-kira 50 Uighur Islam kekal berada di pusat tahanan imigresen, selepas warganegara mereka telah disahkan.

Jurucakap polis Thailand pada Khamis enggan "menyatakan sebarang kemungkinan" ketika ditanya sama ada warga Turki di negara ini telah disoal siasat berhubung kes bom di sebuah kuil di Bangkok.

Etnik Uighur di Xianjiang yang berjumlah sekitar 10 juta orang, telah lama mendakwa China menindas budaya dan agama mereka dan menyebabkan ramai di antara mereka telah melarikan diri wilayah bergolak itu sejak kebelakangan ini.

Insiden bom di Kuil Erawan mengorbankan 20 orang dan mencederakan lebih daripada 130 mangsa, manakala tiada yang maut atau cedera dalam kejadian di dermaga Sathorn yang terletak di Sungai Chao Phraya.