[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
DUNIA

Bom di bawah kereta, pegawai polis Ireland Utara terselamat

Astro Awani 31/12/2012 | 06:02 MYT
Seorang pegawai polis di Ireland Utara terselamat apabila bom yang pasang di bawah keretanya berjaya dikesan lebih awal.
Bom berkenaan dikesan ketika pegawai berkenaan yang tidak bertugas meletakkan kereta di Timur Belfast.
Menurut polis, bom itu memang disasarkan untuk membunuh pegawai berkenaan.
Sebaik dikesan, satu skuad pemusnah bom dihantar ke lokasi dan beberapa rumah berdekatan terpaksa dikosongkan.
Setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab tetapi polis percaya ia didalangi pemisah berdasarkan beberapa serangan yang dilakukan sebelum ini.
#bom #Ireland Utara #polis #timur belfast