awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bom tidak meletup, 14,000 penduduk Poland dipindahkan

Bernama
Bernama
11/08/2023
11:30 MYT
Bom tidak meletup, 14,000 penduduk Poland dipindahkan
Hampir 14,000 orang yang tinggal di bandar Lublin di timur Poland telah dipindahkan selepas bom yang tidak meletup dijumpai di bandar itu. -Google Maps
GENEVA: Hampir 14,000 orang yang tinggal di bandar Lublin di timur Poland telah dipindahkan selepas bom yang tidak meletup dijumpai di bandar itu.
Pihak berkuasa pada Khamis memberitahu penduduk agar meninggalkan rumah mereka antara 7 pagi dan 11 pagi (waktu tempatan) pada Jumaat dan menuju ke tempat pertemuan, Agensi Anadolu memetik Agensi Berita PAP yang dikendalikan kerajaan.
Pejabat datuk bandar berkata bahagian bandar yang terjejas akan ditutup sepenuhnya kepada lalu lintas mulai 11.30 pagi (0930GMT) pada Jumaat dan pengangkutan awam akan dilencongkan.
"Semua unit kami bersiap sedia dan bekerjasama rapat dengan polis dan tentera, serta bomba termasuk semua perkhidmatan yang bertanggungjawab untuk keseluruhan proses pengamanan dan pelupusan senjata itu," kata datuk bandar Lublin, Krzysztof Zuk, pada siang media, sambil menambah situasi itu "di bawah kawalan penuh."
Seorang pekerja pembinaan pada Khamis terjumpa bom itu ketika melakukan kerja tanah dan kawasan itu kemudiannya dikawal oleh polis dan pakar pemusnah bom tentera dikerah ke lokasi.
Bom yang tidak meletup itu ditemui di tapak kilang pembuatan pesawat sebelum Perang Dunia Kedua. Semasa perang, tapak itu digunakan sebagai kem tawanan perang dan kem buruh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lublin
#bom yang tidak meletup
#penduduk dipindahkan
#pakar pemusnah bom tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan