[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
DUNIA

Boris Johnson beri penghormatan terakhir, ucap takziah pemergian Putera Philip

Agensi 09/04/2021 | 16:52 MYT
JOHNSON: Kita memperingati Duke Edinburgh untuk banyak perkara, atas sokongan gigihnya untuk Ratu Elizabeth II. - Gambar FB/Boris Johnson
LONDON: Perdana Menteri United Kingdom Boris Johnson memberi penghormatan terakhir buat Putera Philip, suami Ratu Elizabeth II menerusinya ucapannya di 10 Downing Street.
Menurut Johnson, UK hari ini bukan sahaja kehilangan seorang tokoh masyarakat yang sangat disayangi dan dihormati, tetapi juga seorang suami yang taat serta seorang ayah, datuk dan juga moyang.
“Kita memperingati Duke Edinburgh untuk banyak perkara, atas sokongan gigihnya untuk Ratu Elizabeth II.
“Bukan hanya sebagai seorang putera di sisinya pada setiap hari pemerintahannya, tetapi sebagai seorang suami, kekuatan dan sebagai pasangan selama lebih dari 70 tahun.
Britain Berkabung | Boris Johnson ucap takziah
UK mengumumkan tempoh berkabung selama lapan hari berikutan kematian Putera Philip, 99 pada pagi Jumaat.
Dalam tempoh perkabungan ini, tugas-tugas Istana Buckingham tidak akan dijalankan dan Parlimen tidak akan mendapat kelulusan undang-undang Ratu Elizabeth II.
Jasad Duke Edinburgh akan ditempatkan beberapa hari di Chapel Royal di St James's Palace, London sebelum upacara pengebumian DiRaja.
#Perdana Menteri UK #Boris Johnson