awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM80,000 buat sambungan haram elektrik bagi lombong bitcoin
Misi Kemanusiaan GSF 2.0 dijangka dilancar pertengahan tahun ini - Sani Araby
Rasuah tender perolehan Tentera Darat: 26 syarikat kini disiasat SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boris Johnson kembali ke UK untuk 'kemunculan semula'

Astro Awani
Astro Awani
23/10/2022
03:40 MYT
Boris Johnson kembali ke UK untuk 'kemunculan semula'
Bekas Perdana Menteri Britain Boris Johnson ketika tiba di Lapangan Terbang Gatwick pada Sabtu. - Foto REUTERS
LONDON: Boris Johnson kembali ke Britain daripada bercuti pada Sabtu untuk mempertimbangkan tawaran bagi penggal kedua sebagai Perdana Menteri.
Calon-calon yang berpotensi untuk menggantikan Perdana Menteri Liz Truss, memulakan hujung minggu untuk melobi bagi mendapatkan pencalonan yang mencukupi menyertai pertandingan kepimpinan sebelum tarikh akhir, iaitu pada Isnin.
Johnson, yang sedang bercuti di Caribbean semasa Truss meletak jawatan, tidak mengulas secara terbuka mengenai tawaran bagi jawatan lamanya itu.
Beliau telah menerima sokongan daripada berpuluh-puluh Ahli Parlimen Konservatif tetapi memerlukan 100 pencalonan untuk dipertimbangkan mengisi jawatan Perdana Menteri.
Menteri Jabatan Perdagangan, James Duddridge berkata, Johnson telah memperoleh 100 pencalonan.
Bagaimanapun, pengiraan Reuters meletakkan Johnson melebihi 40 undi pencalonan dan Rishi Sunak lebih daripada 110 undi pencalonan.
Perdana Menteri baharu berdepan cabaran besar selepas rancangan ekonomi Truss menyebabkan kegawatan dalam pasaran bon, meningkatkan kos pinjaman kerajaan dan menambah tekanan kepada isi rumah dan perniagaan yang sudah bergelut dengan kos krisis kehidupan.
The Sunday Times melaporkan Sunak, buat masa ini adalah calon kegemaran kumpulan pembuat dan pemegang taruh.
Hanya bekas Menteri Pertahanan Penny Mordaunt secara rasmi mengisytiharkan beliau akan bertanding, walaupun pengiraan Reuters menunjukkan beliau hanya mempunyai 22 pencalonan setakat ini, beberapa hari sebelum tarikh akhir.
Topic Berkaitan
#Boris Johnson
#Liz Truss
#PM UK
#pencalonan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan