Brad Pitt, Charlize Theron bercinta?

Agensi
Januari 21, 2019 10:02 MYT
PERTEMUAN dengan Charlize Theron memberikan kebahagiaan baharu buat Brad Pit. - Gambar ihsan portal Mail Online
HUBUNGAN mesra dua bintang ternama Hollywood, Brad Pitt dan Charlize Theron sepertinya bukan rahsia lagi.
Pasangan itu kini semakin jelas menyenangi antara satu sama lain selepas kelibat mereka sering kelihatan di pelbagai acara hiburan.
Bahkan, media Hollywood melaporkan wajah Pitt yang berusia 55 tahun dan Theron, 43, semakin berseri-seri dan bahasa tubuh mereka menterjemahkan yang mereka sedang dilamun percintaan.
Jika benar pasangan ini sedang bercinta, ia sekali gus memperlihatkan Pitt sudah semakin dapat melupakan bekas isterinya, Angelina Jolie.
Hubungan Pitt dan Theron difahamkan mula terjalin pada sambutan Hari Krismas lalu dan kedua-dua pelakon itu dikatakan diperkenalkan oleh bekas tunang aktres kelahiran Afrika Selatan itu, Sean Penn.
Theron juga dikhabarkan pernah mengunjungi rumah Pitt di Loz Feliz, Los Angeles.
Namun begitu, Theron belum lagi bertemu anak-anak Pitt iaitu Vivienne dan Knox yang berusia 10 tahun, Shiloh (12), Zahara (13), Pax (14) dan Maddox (16).
Theron juga mempunyai dua orang anak angkat iaitu August dan Jackson.
"Mereka sering bertemu sejak sebulan lalu. Sebetulnya, Pitt dan Theron sudah lama kenal antara satu sama lain dan diperkenalkan semula oleh Penn sehinggalah hubungan itu berkembang seperti hari ini," kata sumber pasangan itu seperti dilaporkan portal media antarabangsa.
#Angelina Jolie #Bercinta #Brad Pitt #Charlize Theron #Hollywood