awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Brazil cari pasaran baharu susulan tarif AS jejaskan pengeksport

Bernama
Bernama
27/08/2025
20:15 MYT
Brazil cari pasaran baharu susulan tarif AS jejaskan pengeksport
Setiausaha Perdagangan Luar Brazil, Tatiana Prazeres berkata, kerajaan memberi tumpuan kepada rundingan dengan Washington serta syarikat yang terjejas akibat tarif baharu itu. - Gambar Reuters
SAO PAULO: Brazil berusaha mempelbagaikan pasaran eksportnya sambil meneruskan rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) untuk mengurangkan tarif 50 peratus yang dikenakan terhadap barangan keluarannya, kata Setiausaha Perdagangan Luar Brazil, Tatiana Prazeres pada Selasa, lapor Xinhua.
Bercakap pada satu seminar anjuran Persekutuan Industri Sao Paulo dan Majlis Amerika, Prazeres berkata, kerajaan memberi tumpuan kepada rundingan dengan Washington serta syarikat yang terjejas akibat tarif baharu itu.
Beliau berkata, Agensi Promosi Perdagangan dan Pelaburan Brazil telah melancarkan strategi untuk mengenal pasti pasaran baharu dengan Mexico, Kanada dan India dianggap sebagai keutamaan utama. Kemajuan juga dicapai dalam rundingan perdagangan antara Pasaran Bersama Selatan (Mercosur) dan rakan kongsi seperti Kanada, Persatuan Perdagangan Bebas Eropah serta Kesatuan Eropah.
Tarif 50 peratus oleh AS, yang berkuat kuasa pada Ogos, menyasarkan pelbagai produk Brazil termasuk daging lembu, buah-buahan dan kopi. Ia dikenakan oleh Presiden AS, Donald Trump sebagai protes terhadap pendakwaan Brazil ke atas bekas Presidennya Jair Bolsonaro, yang masih berada dalam tahanan rumah berhubung dakwaan peranannya dalam cubaan rampasan kuasa.
Prazeres berkata, Brazil kekal komited untuk "berunding bagi mencapai hubungan menang-menang" dengan Washington dan menekankan peranan sektor swasta dalam mempromosikan agenda konstruktif.
Tarif itu mendorong Brazil memfailkan aduan kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia. AS merupakan rakan dagang kedua terbesar Brazil sejak 2009 selepas China, merangkumi kira-kira 12 peratus daripada eksport Brazil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Brazil
#tarif AS
#pasaran baharu
#pengeksport
#perdagangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan