awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Rohingya dihukum penjara 16 tahun sebabkan kematian rakan senegara
Cuepacs ingatkan penjawat awam urus kenaikan gaji secara berhemat, berdisiplin
Had tempoh jawatan perdana menteri langkah progresif wujudkan demokrasi seimbang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Brazil, Chile, Colombia, Mexico, Uruguay dan Sepanyol kecam tindakan ketenteraan AS di Venezuela

Agensi
Agensi
04/01/2026
22:30 MYT
Brazil, Chile, Colombia, Mexico, Uruguay dan Sepanyol kecam tindakan ketenteraan AS di Venezuela
Brazil, Chile, Colombia, Mexico, Uruguay dan Sepanyol mengecam serangan ketenteraan Amerika Syarikat ke atas Venezuela awal Sabtu yang menyaksikan Presiden Nicolas Maduro ditahan di Caracas. - Gambar Reuters
SAO PAULO: Brazil, Chile, Colombia, Mexico, Uruguay dan Sepanyol mengeluarkan kenyataan bersama pada Ahad mengecam serangan ketenteraan Amerika Syarikat ke atas Venezuela awal Sabtu yang menyaksikan Presiden Nicolas Maduro ditahan di Caracas.
Dalam kenyataan itu, keenam-enam negara itu menggesa penyelesaian krisis tanpa “campur tangan luar”, sambil menegaskan tindakan AS bercanggah dengan “prinsip asas undang-undang antarabangsa, khususnya larangan penggunaan dan ancaman kekerasan, penghormatan terhadap kedaulatan serta integriti wilayah negara berdaulat seperti termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).”
Kumpulan negara berkenaan turut menyuarakan kebimbangan terhadap sebarang usaha “mengawal kerajaan” Venezuela dari luar, susulan kenyataan Presiden Donald Trump bahawa AS akan “mentadbir” Venezuela sehingga peralihan kuasa yang selamat dan teratur dapat dijamin.
“Kami menegaskan hanya proses politik inklusif yang diterajui rakyat Venezuela sendiri mampu membawa kepada penyelesaian demokratik dan mampan yang menghormati maruah manusia,” menurut kenyataan itu.
Enam negara tersebut turut menggesa Setiausaha Agung PBB dan negara anggota membantu “meredakan ketegangan dan memelihara keamanan serantau” serta mengecam “pengambilalihan sumber asli dari luar”, merujuk secara langsung kepada cadangan Trump untuk menguasai rizab minyak Venezuela dan merekrut syarikat AS melabur berbilion dolar bagi memulihkan industri minyak negara itu yang dikenakan sekatan. - Agensi
Topic Berkaitan
#Nicolas Maduro
#AS tahan Maduro
#Amerika serang Venezuela
#negara Amerika Latin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan