INTERNATIONAL
Brazil desak pengunduran tentera Israel dari Gaza pada sidang kemuncak BRICS

Menteri Luar Brazil menggesa pengunduran tentera Israel dari Gaza dan gencatan senjata segera di Palestin. -Reuters
MEXICO CITY: Menteri Luar Brazil menggesa pengunduran tentera Israel dari Gaza semasa mesyuarat BRICS pada Isnin di Rio de Janeiro, lapor Anadolu Ajansi.
Ringkasan AI
- Menteri Luar Brazil menggesa pengunduran tentera Israel dari Gaza dan gencatan senjata segera di Palestin.
- Mesyuarat BRICS diadakan sebagai tindak balas terhadap langkah unilateral Amerika Syarikat dan konflik global.
- BRICS berperanan strategik dalam mempromosikan keamanan dan kestabilan melalui dialog, pembangunan, dan kerjasama pelbagai hala.
Sejak 7 Okt 2023, tentera Israel melancarkan serangan bersenjata terhadap rakyat Palestin. Serangan udara terbaharu mengorbankan 17 orang di utara Gaza, menurut kumpulan Palestin, Hamas.
"Adalah penting untuk memastikan pengunduran sepenuhnya pasukan Israel dari Gaza, memastikan pembebasan semua tawanan dan tahanan, serta memastikan kemasukan bantuan kemanusiaan," kata Vieira.
Vieira turut menyeru penyelesaian secara aman terhadap perang Rusia-Ukraine, yang kini memasuki tahun keempat.
"Kami kekal komited untuk terus berusaha mencapai keamanan dan penyelesaian politik terhadap konflik ini," katanya.
Beliau juga menekankan peranan strategik BRICS dalam diplomasi global.
"Dengan 11 negara anggota yang mewakili hampir separuh daripada penduduk dunia serta kepelbagaian geografi dan budaya, BRICS berada pada kedudukan unik untuk mempromosikan keamanan dan kestabilan berasaskan dialog, pembangunan dan kerjasama pelbagai hala," kata Vieira.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami