awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Brazil gesa BRICS tingkatkan kerjasama banteras keganasan - Penasihat Presiden

Bernama
Bernama
17/12/2025
20:30 MYT
Brazil gesa BRICS tingkatkan kerjasama banteras keganasan - Penasihat Presiden
Menurut Amorim, usaha bersama memerangi pengedaran dadah antarabangsa juga harus menjadi satu lagi bidang kerjasama utama. - Reuters
RIO DE JANEIRO: Brazil menyokong usaha memperkukuh kerjasama antara negara anggota BRICS dalam memerangi keganasan antarabangsa, kata penasihat hal ehwal antarabangsa kepada Presiden Brazil, Celso Amorim.
Beliau berkata demikian dalam satu temu bual bersama Agensi Berita Rusia (TASS).
"Pertama sekali, ia adalah mengenai pertukaran maklumat. Potensi untuk menginstitusikan perkongsian ini, yang saya lihat sebagai penting, akan bergantung kepada keadaan tertentu," katanya.
Menurut Amorim, usaha bersama memerangi pengedaran dadah antarabangsa juga harus menjadi satu lagi bidang kerjasama utama.
"Isu ini telah menjadi global dan ia akan menjejaskan hubungan antarabangsa. Dalam hal ini, saya percaya kerjasama yang giat antara negara-negara BRICS dalam bidang ini bukan sahaja berkemungkinan besar untuk dilaksanakan, malah jelas sekali sangat bermanfaat," kata penasihat presiden itu.
Amorim pada April lepas memaklumkan bahawa kepimpinan Brazil telah membentangkan cadangan khusus kepada negara anggota BRICS lain yang bertujuan memperkasakan kapasiti agensi khas masing-masing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Brazil
#BRICS
#keganasan antarabangsa
#pengedaran dadah
#celso amorim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan