awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Brazil kembalikan keperluan visa untuk pelancong AS, Kanada, Australia

Bernama
Bernama
10/04/2025
03:10 MYT
Brazil kembalikan keperluan visa untuk pelancong AS, Kanada, Australia
Celso Sabino, Menteri Pelancongan Brazil. - Foto IG celsosabinooficial
BRASILIA: Brazil akan mengembalikan keperluan visa untuk pelancong dari Amerika Syarikat, Kanada dan Australia mulai Khamis, sekali gus menamatkan pengecualian visa selama enam tahun yang dinikmati oleh warganegara dari negara-negara itu, lapor Xinhua.
Keputusan itu dibuat berasaskan prinsip timbal balik, memandangkan negara-negara berkenaan masih mewajibkan warganegara Brazil mendapatkan visa, menurut Kementerian Luar Brazil.
"Brazil tidak menawarkan pengecualian visa secara unilateral.
"Kami masih dalam perbincangan dengan Amerika Syarikat untuk membatalkan keperluan visa bagi warganegara Brazil, yang akan membolehkan kami memberikan balasan yang sama," kata Menteri Pelancongan Brazil Celso Sabino, yang dipetik oleh agensi berita Agencia Brasil.
Agensi promosi pelancongan Brazil, Embratur mendedahkan bahawa negara itu mengalu-alukan 728,537 pelawat dari Amerika Syarikat, 96,540 dari Kanada dan 52,888 dari Australia pada 2024.
Mulai Khamis, pelancong dari ketiga-tiga negara itu yang tiba melalui jalan darat, udara atau laut perlu memohon visa elektronik melalui portal eVisa rasmi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Brazil
#Visa
#pelancong dari Amerika Syarikat Kanada Australia
#pengecualian visa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan