DUNIA
Break The Siege: Beberapa dron dikesan menghampiri kapal Conscience

Pada Ahad, Astro AWANI melaporkan kapal Conscience masih berada di kelajuan sifar dan berhenti sepenuhnya bagi menjalani prosedur keselamatan rutin. - Sumber X @hsyn_eleutheron
BEBERAPA dron dikesan menghampiri kapal Conscience yang kini masih berada pada kelajuan sifar di Laut Mediterranean berdekatan Mesir.
Perkara itu disahkan Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coaliton (FFC), Dr Fauziah Mohd Hasan, selepas menerima laporan daripada salah seorang aktivis yang menjalankan tugas pemerhatian, sekitar sembilan hingga sepuluh dron menghampiri dikesan Conscience, pada awal pagi Isnin.
Bagaimanapun, kesemua dron tersebut dilaporkan hanya berlegar pada tahap yang tinggi buat beberapa minit sebelum menghilang.
Pada Ahad, Astro AWANI melaporkan kapal Conscience masih berada di kelajuan sifar dan berhenti sepenuhnya bagi menjalani prosedur keselamatan rutin.Menurut Dr Fauziah, pemeriksaan ini dilaksanakan bagi memastikan sistem tenaga, navigasi dan struktur kapal berada dalam keadaan baik selepas menempuh perjalanan panjang di laut.
Selain itu, prosedur ini dilakukan bagi membolehkan kesemua kapal layar yang terlibat dalam misi ini bersatu sebelum memulakan perjalanan menuju ke garisan kuning.
Pada masa sama, pemberhentian kapal juga bagi menunggu ketibaan kapal pemerhati (legal observer boat) Shireen, yang kini dalam perjalanan sebelum bergerak bersama menuju ke garisan kuning.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami