[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
INTERNATIONAL

Brexit: Kenapa mengundi guna pensil, soal netizen

Syafique Shuib 23/06/2016 | 14:19 MYT
Netizen di United Kingdom bertanyakan kenapa proses pengundian menggunakan pensil dan bukan pen. -Gambar: Twitter/Carl Edmundson
PROSES mengundi dalam pungutan suara bagi menentukan kedudukan sama ada United Kingdom kekal dalam Kesatuan Eropah atau sebaliknya sedang berlangsung di negara itu sehingga malam (waktu tempatan) nanti.
Oleh kerana ini merupakan antara detik penting di negara itu hashtag #ivoted kini trending.
Namun apa yang hangat diperkatakan adalah mengapa pensil digunakan dalam proses pengundian.
Ia sekaligus menimbulkan kebimbangan dikalangan mereka yang sudah keluar mengundi.
BACA: Kekal atau keluar EU? Warga Britain mengundi dalam pungutan suara
BACA: Reaksi pelbagai terhadap Brexit
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada yang menyuarakan kebimbangan undian mereka boleh 'ditukar' kerana menggunakan pensil.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada yang memberi cadangan agar mereka yang mengundi membawa pen mereka sendiri.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sejumlah 46 juta pengundi layak menunaikan tanggungjawab mereka.
Ini ialah pungutan suara ketiga dalam sejarah UK.
Ia dijalankan selepas kempen kekal atau keluar yang dilancarkan empat bulan lalu.
Proses pengundian akan berkhir pada jam 10 malam waktu tempatan.
#Brexit #EU #kempen kekal atau keluar #Kesatuan Eropah #Kini Trending #pungutan suara #pusat pengundian #warga Britain