DUNIA
Britain ketatkan undang-undang pemilikan senjata api susulan insiden tembakan maut
United Kingdom memperkenalkan peraturan baharu yang melarang individu dengan rekod keganasan atau penderaan rumah tangga daripada memiliki senjata api, susulan beberapa tembakan maut yang berlaku dalam beberapa tahun kebelakangan ini. - Foto hiasan
LONDON: United Kingdom memperkenalkan peraturan baharu yang melarang individu dengan rekod keganasan atau penderaan rumah tangga daripada memiliki senjata api, susulan beberapa tembakan maut yang berlaku dalam beberapa tahun kebelakangan ini, lapor PA Media/dpa.
Garis panduan baharu yang dikeluarkan pada Selasa itu adalah sebagai respons terhadap kebimbangan yang dibangkitkan oleh koroner dan para aktivis selepas insiden tembakan di Woodmancote dan Keyham di England.
Polis akan diarahkan untuk menemu bual pasangan atau ahli isi rumah pemohon lesen senjata api bagi mengenal pasti sebarang tanda penderaan rumah tangga atau faktor lain yang boleh menjadikan seseorang tidak layak memiliki senjata.
Pihak berkuasa juga perlu melakukan semakan tambahan bagi memastikan individu dengan rekod keganasan tidak dibenarkan memegang lesen senjata api.
Dua tahun lepas, inkues mendapati terdapat "kegagalan besar" dalam sistem pelesenan yang menyebabkan penembak Keyham, Jake Davison, dibenarkan memiliki senapang patah meskipun mempunyai sejarah keganasan.
Davison, ketika itu berusia 22 tahun, menembak mati ibunya dan empat individu lain termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dalam serangan selama lapan minit pada Ogos 2021 sebelum membunuh diri.
Permohonan lesen juga boleh ditolak jika terdapat bukti pemohon tidak jujur, termasuk kegagalan mendedahkan sejarah perubatan yang relevan.
Robert Needham, yang membunuh pasangannya Kelly Fitzgibbons serta dua anak mereka, Ava dan Lexi, dengan senapang patah yang dimiliki secara sah di rumah mereka di Woodmancote pada 2020, diberikan lesen walaupun mengaku gagal mendedahkan sejarah kemurungan dan tekanan kerja.
Emma Ambler, adik kepada Fitzgibbons, menyambut baik perubahan ini tetapi berkata masih banyak yang perlu dilakukan.
"Saya masih percaya bahawa memiliki lesen senjata adalah satu keistimewaan dan bukan satu hak," katanya.
Keutamaan harus diberi kepada keselamatan masyarakat, dan amat penting untuk memastikan senjata yang sangat berbahaya ini tidak jatuh ke tangan yang salah, dan perubahan ini adalah langkah ke arah itu."
Perubahan pada Selasa itu juga menetapkan bahawa pemohon lesen senapang patah kini perlu menyediakan dua penjamin, berbanding satu sebelum ini, selaras dengan keperluan bagi lesen senjata api lain.
Menteri Pengawasan Dame Diana Johnson berkata: "Hanya mereka yang memenuhi piawaian keselamatan dan tanggungjawab tertinggi patut dibenarkan menggunakan senapang atau senjata api, dan pihak polis mesti mempunyai maklumat lengkap mengenai kesesuaian setiap pemohon untuk memiliki senjata berbahaya ini."
"Insiden di Woodmancote pada 2020, Plymouth pada 2021 dan kes-kes lain adalah peringatan tragis tentang apa yang boleh berlaku apabila senjata ini berada di tangan individu yang salah, dan kita mesti melakukan segala yang mampu untuk melindungi orang ramai."
Kawalan ke atas pemilikan senapang patah dijangka diperketat lagi selepas satu lagi rundingan awam dilancarkan akhir tahun ini, termasuk cadangan penambahbaikan peraturan mengenai penjualan senjata api secara persendirian.
Rundingan itu menyusuli kes Nicholas Prosper, yang membunuh ibunya, Juliana Falcon, serta dua adik-beradiknya, Giselle dan Kyle Prosper di Luton pada 2024.
Prosper, 19, berjaya membeli senapang patah dan 100 butir peluru dari sebuah kedai senjata sah selepas memalsukan lesen.
Dia dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dengan tempoh minimum 49 tahun selepas mengaku bersalah atas tuduhan membunuh awal tahun ini.
--BERNAMA-dpa