Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
DUNIA

Britain mahu haramkan penjualan kereta guna petrol, diesel

Agensi 26/07/2017 | 02:03 MYT
Menurut laporan akhbar negara itu, inisiatif itu diperkenalkan bagi mengurangkan pencemaran udara. - Gambar fail
Kerajaan Britain bakal mengumumkan hari ini cadangan untuk mengharamkan penjualan kereta yang menggunakan petrol dan diesel menjelang 2040.

Menurut laporan akhbar negara itu, inisiatif itu diperkenalkan bagi mengurangkan pencemaran udara.

Pengumuman itu juga adalah susulan kepada langkah sama yang diumumkan oleh kerajaan Perancis awal bulan ini.
#Britain #diesel #kerajaan #kereta #pencemaran udara #petrol