awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Britain seru gencatan senjata segera antara Israel, Hezbollah

Astro Awani
Astro Awani
25/09/2024
23:30 MYT
Britain seru gencatan senjata segera antara Israel, Hezbollah
Starmer berkata, konflik tersebut memerlukan penyelesaian diplomasi dan bukan ketenteraan. - Foto AP
NEW YORK: Britain menyeru gencatan senjata segera dikuatkuasakan antara Israel dan Hezbollah bagi mengelak rantau Asia Barat terjerumus ke ambang krisis lebih buruk.
Menurut Perdana Menterinya Keir Starmer, konflik tersebut memerlukan penyelesaian diplomasi dan bukan ketenteraan.
Kenyataan Starmer ini dibuat ketika mesyuarat Majlis Keselamatan PBB.
"Saya menyeru kepada Majlis Keselamatan untuk mencari penyelesaian politik yang dapat memutuskan kitaran keganasan yang berulang seperti di Asia Barat.
"Kita memerlukan gencatan senjata segera antara Israel dan Hezbollah serta pelaksanaan rancangan politik yang membolehkan orang awam Israel dan Lebanon pulang ke rumah mereka untuk hidup dalam keamanan dan keselamatan. Keselamatan itu akan dicapai melalui diplomasi, bukan eskalasi.
"Tiada penyelesaian ketenteraan di sini, dan tiada juga penyelesaian semata-mata ketenteraan untuk konflik di Gaza. Majlis ini mesti menuntut sekali lagi gencatan senjata segera, penuh dan lengkap di Gaza dengan pembebasan semua tebusan," katanya.
Serangan Israel ke atas Hezbollah, yang disifatkan terbesar dalam tempoh dua dekad, meningkatkan kebimbangan konflik di Gaza akan merebak ke Asia Barat.
Serangan tersebut membunuh lebih 560 nyawa, mencederakan 1,835 yang lain.
Ia turut meyebabkan ribuan lagi melarikan diri ke kawasan yang lebih selamat.
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#Keir Starmer
#diplomasi
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan