[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
DUNIA

British Airways batalkan penerbangan keluar London, ribuan terkandas

Madiha Abdullah 27/05/2017 | 14:20 MYT
British Airways memaklumkan buat masa ini tidak diketahui bila sistem akan berjaya dibaik pulih. - EPA
SYARIKAT penerbangan British Airways membatalkan semua penerbangan keluar dari Lapangan Terbang Heathrow dan Gatwick susulan kegagalan sistem komputernya.
Menerusi kemas kini di laman sosial, syarikat penerbangan itu dikesan mula mengalami masalah tersebut kira-kira empat jam yang lalu.
Situasi itu menyebabkan ribuan terkandas di dua lapangan terbang terbabit memandangkan cuti hujung minggu.
Laman sosial dibanjiri foto-foto penumpang yang beratur panjang dan luahan kekecewaan mereka kerana tidak dimaklumkan lebih awal.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kemas kini terbaharu di akaun Twitter menunjukkan syarikat penerbangan itu masih bergelut untuk memulihkan sistem yang tergendala.
Menjawab pertanyaan salah seorang penumpang, British Airways memaklumkan buat masa ini tidak diketahui bila sistem akan berjaya dibaik pulih.
Setakat ini, tidak diketahui sama ada kegagalan sistem itu ada kaitan dengan virus Ransomware WannaCry yang menyerang beberapa sistem perkomputeran di seluruh dunia sejak minggu lalu.
#British Airways #kegagalan sistem #penumpang #terkandas