[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

BTS, The Jonas Brothers sah muncul di The Voice

Faris Danial Razi 14/05/2019 | 07:20 MYT
BTS Army seperti sudah dapat meneka bahawa BTS akan muncul dalam program The Voice kerana ada yang dapat menghidu pertemuan BTS dan John Legend di Universal Studios Lot sebelum ini.
SEPERTI diramal peminat-peminat mereka, band sensasi K-pop bertaraf dunia, Bangtan Boys atau BTS bakal ditampilkan di pentas program realiti terkenal, The Voice edisi 2019.
Sekalipun belum dipastikan status kemunculan BTS, namun bayangan penglibatan kumpulan yang popular dengan lagu Boy With Luv dalam The Voice dikongsi oleh penerbit program berkenaan.
Awal pagi tadi, The Voice berkongsi satu video ‘teaser’ yang memberikan petunjuk tentang 'kejutan' yang akan dilakukan oleh BTS serta tiga beradik popular Hollywood, The Jonas Brothers.
Sebelum ini, BTS pernah berkongsi gambar menerusi laman Twitter rasmi mereka yang menunjukkan sekumpulan tujuh jejaka tampan itu bergambar bersama ketua jurulatih The Voice, John Legend.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, rata-rata BTS Army seperti sudah dapat meneka bahawa artis kegemaran mereka itu akan muncul di program itu kerana ada yang dapat ‘menghidu’ pertemuan BTS dan John sebelum ini mempunyai makna di sebaliknya.
BACA: Apa makna di sebalik pertemuan BTS dan John Legend?
Berikut antara reaksi peminat BTS selepas melihat video teaser yang berdurasi selama 15 saat itu di laman Twitter rasmi @NBCTheVoice.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun persoalannya, apakah kejutan yang akan diberikan oleh kedua 'band boy' kegilaan ramai itu?
Apakah mereka bakal berkolaborasi ataupun mereka akan melakukan persembahan istimewa secara berasingan?
The Voice musim ke-16 kini memasuki peringkat separuh akhir dan berkemungkinan 'band boy' yang terkenal dengan lagu 'Sucker', The Jonas Brothers dan BTS akan membuat persembahan pentas pada musim akhir pada 21 Mei ini.
#BTS #BTS ARMY #john legend #Kpop #The Jonas Brothers #The Voice #Twitter #video teaser