awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buaya baham kanak-kanak perempuan ditembak mati

Bernama
Bernama
10/07/2024
09:00 MYT
Buaya baham kanak-kanak perempuan ditembak mati
Menurut kerajaan tempatan, dianggarkan lebih 100,000 buaya air masin hidup di habitat liar di NT - lebih banyak berbanding negeri atau wilayah lain di Australia. - Gambar hiasan
CANBERRA: Reptilia berukuran 4.2 meter yang membaham seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun pada awal Julai lalu ditembak mati pihak berkuasa Australia.
Polis Wilayah Utara (NT) Australia pada Rabu mengesahkan bahawa buaya itu telah dimusnahkan, lapor Xinhua.
Pada 2 Julai lalu, seorang kanak-kanak perempuan sedang berenang bersama keluarganya di sungai berhampiran bandar kecil Palumpa, lebih 200 kilometer barat daya Darwin sebelum dia dilaporkan hilang.
Mayatnya ditemukan pada 4 Julai selepas pencarian selama dua hari dan kecederaan yang dialami adalah konsisten dengan serangan buaya.
Ini merupakan serangan buaya pertama di NT sejak 2018.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, Polis NT menjelaskan buaya itu telah ditembak oleh renjer pada Ahad dengan kebenaran pemilik Orang Asli tempatan di kawasan itu.
Menurut kerajaan tempatan, dianggarkan lebih 100,000 buaya air masin hidup di habitat liar di NT - lebih banyak berbanding negeri atau wilayah lain di Australia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#serangan buaya
#Australia
#buaya baham budak
#tembak mati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan