GAINESVILLE : Gara-gara merajuk gajet dirampas ibu, dua kanak-kanak berusia 10 dan 11 tahun pergi 'membawa diri' dengan memandu kereta sejauh 320 kilometer sebelum ditahan polis.
Pejabat Syerif Daerah Alachua berkata, anggotanya mengesan sebuah kereta sedan di Interstate 75 berhampiran Gainesville di utara Florida, Amerika Syarikat sebelum jam 4 pagi, Khamis.
Sebelum itu, ibu kanak-kanak tersebut melaporkan keretanya 'dicuri' anaknya dan hilang selama empat jam di kediaman mereka di North Port, barat daya Florida.
Pada awalnya, anggota polis menyangka mereka bertembung dengan penjenayah dan terpaksa mengeluarkan pistol serta mengarahkan pemandu dan penumpangnya keluar dari kereta itu.
"Sangat mengejutkan apabila melihat seorang pemandu kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dan bersama kakaknya, 11 tahun dalam kereta itu," katanya.
Kanak-kanak itu memberitahu anggota polis bahawa mereka kecewa kerana ibu mereka merampas gajet elektronik selepas membuat perangai buruk.
Atas sebab itu mereka mengambil keputusan lari dari rumah dan menuju ke California.
Akhirnya pihak polis menyerahkan mereka kepada ibunya untuk dibawa pulang ke rumah. Bagaimanapun identiti kanak-kanak itu dirahsiakan. - Agensi/ Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Sep 30 2023
Gara-gara merajuk gajet dirampas ibu, dua kanak-kanak berusia 10 dan 11 tahun pergi 'membawa diri' dengan memandu kereta sejauh 320 kilometer sebelum ditahan polis. - Gambar hiasan
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Budak 10 tahun pandu kereta 320km, merajuk gajet dirampas
Dua kanak-kanak berusia 10 dan 11 tahun pergi 'membawa diri' dengan memandu kereta sejauh 320 kilometer sebelum ditahan polis.
Budak 10 tahun mati dipercayai didera ibu sendiri
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam di beberapa anggota badan mangsa.