Budak 14 tahun didakwa rogol dan bunuh nenek

Agensi
September 8, 2018 04:10 MYT
Tyrone Harvin didakwa atas tuduhan melakukan pembunuhan terancang, rogol, serangan seksual dan keganasan. - Foto Baltimore Police
Seorang remaja yang dipercayai merogol dan membunuh seorang warga emas di Baltimore, Amerika Syarikat didakwa sebagai orang dewasa atas tuduhan membunuh, laporan pegawai berkuasa pada Jumaat.
Tyrone Harvin, yang baru berusia 14 tahun bulan lalu dituduh menyerang Dorothy Mae Neal, 83 tahun di rumahnya lalu meninggalkan wanita itu hingga mati.
Dorothy disahkan meninggal dunia di hospital pada 30 Ogos lalu.
BACA: Murid 11 tahun dikurung lima hari, dirogol lapan lelaki
BACA: Dipancing dengan online game, kanak-kanak lelaki dirogol 100 kali
"Kita boleh memaklumkan bahawa berdasarkan rekod polis, lelaki ini merupakan suspek paling muda yang pernah didakwa di Baltimore sejak beberapa tahun lalu.
"Ia satu perkara yang menyedihkan dan pastinya remaja terbabit mempunyai masalah sepanjang kehidupannya," kata jurucakap polis, TJ Smith.
Tyrone Harvin didakwa atas tuduhan melakukan pembunuhan terancang, rogol, serangan seksual dan keganasan.
#Amerika Syarikat #Baltimore #bunuh #Dorothy Mae Neal #Hospital #keganasan #mati #meninggal dunia #polis #rogol #serangan #suspek #Tyrone Harvin #wanita #warga emas #Washington