awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak 4 tahun maut dibelasah bapa tiri kerana tidak tahu guna tandas

Astro Awani
Astro Awani
02/02/2021
23:29 MYT
Budak 4 tahun maut dibelasah bapa tiri kerana tidak tahu guna tandas
Seorang lelaki didakwa atas tuduhan membunuh anak tirinya berusia empat tahun di sebuah flat di Singapura. -Gambar hiasan
SINGAPURA:Seorang lelaki didakwa atas tuduhan membunuh anak tirinya berusia empat tahun di sebuah flat di Singapura.
Muhammad Salihin Ismail, 28, didakwa menendang perut mangsa beberapa kali pada September 2018 kerana mangsa membuang air kecil di luar mangkuk tandas.
Timbalan Pendakwa Raya Awam, Senthilkumaran Sabapathy dan Lim Yu Hui berkata perbuatan tertuduh telah menyebabkan kanak-kanak perempuan itu mengalami pendarahan dalam perut.
Kejadian dipercayai berlaku ketika tertuduh dan isteri itu mula mengajar mangsa menggunakan tandas sebagai persediaan untuk ke sekolah dijadual pada akhir September 2018.
Pada 1 September 2018, ibu mangsa meninggalkan Salihin bersama mangsa dan anak kembar mereka.
Menurut kes pendakwaan itu, Salihin berang apabila melihat tompokan urin di luar mangkuk tandas dan memarahi serta menumbuk perut mangsa beberapa kali.
Tidak lama selepas itu, anak tirinya memberitahu mahu ke tandas dan Salihin menyuruhnya pergi sendiri.
Tertuduh sekali lagi menemui tompokan urin di atas lantai dan naik angin hingga menolak mangsa ke lantai serta menendang dan menumbuk perutnya beberapa kali tanpa menghiraukan tangisan kanak-kanak itu.
Menjelang malam, mangsa mengadu sakit perut pada ibunya dan turut muntah di atas sofa.
Keadaan itu berterusan sehingga keesokan harinya dan Salihin dipercayai menjolok tekak mangsa dengan jari telunjuk apabila dia mengalami kesukaran untuk muntah.
Kanak-kanak itu akhirnya muntah dan jatuh pengsan.
Sejurus anggota paramedik tiba pada jam 9.17 pagi pada 2 September 2018, mereka mendapati kanak-kanak itu sudah tidak lagi bernafas dan nadinya terhenti.
Mereka turut menemui kesan lebam pada muka mangsa dan ibunya hanya mampu menangis.
Mangsa dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia pada jam 10.12 pagi hari sama.
Pihak hospital kemudiannya melaporkan kematian mangsa kepada polis dan Salihin ditahan pada keesokan harinya.
Menerusi kenyataan pada 3 September 2018, Salihan mengakui dia sengaja menyasarkan perut anak tirinya kerana mahu 'memberi pengajaran' kerana mengalami masalah untuk membuang air kecil dengan betul.
Salihin mengahwini ibu mangsa pada Ogos 2016 ketika dia berusia dua tahun dan turut memanggilnya 'papa'.
Pasangan itu kemudiannya dikurniakan sepasang anak kembar lelaki dan tinggal di kediaman mereka sekarang.
Perbicaraan akan bersambung semula pada Rabu dan pihak pendakwaan dijangka mengemukakan bukti daripada 58 saksi.
Jika disabit bersalah, Salihin bakal berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup dengan sebatan.
Topic Berkaitan
#bunuh anak tiri
#Kanak-kanak
#tidak tahu guna tandas
#Muhammad Salihin Ismail
#Syabillan Syamien Riyadi
#tompokan urin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan