awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Ringgit dibuka rendah didorong langkah elak risiko tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak 4 tahun maut leher terkelar tali layang-layang

Agensi
Agensi
26/08/2019
00:05 MYT
Budak 4 tahun maut leher terkelar tali layang-layang
Seorang kanak-kanak berusia empat tahun meninggal dunia selepas terjerut tali layang-layang berlapis kaca ketika menunggang motosikal dengan bapanya. -Gambar hiasan
Seorang kanak-kanak berusia empat tahun meninggal dunia selepas lehernya terjerut pada tali layang-layang yang dilapisi serpihan kaca ketika menunggang motosikal dengan bapanya.
Dalam insiden pada Sabtu, mangsa dan bapanya dilaporkan dalam perjalanan ke kuil sebelum lehernya terkena tali layang-layang disalut kaca yang merintangi jalan, lapor Times of India.
Insiden itu telah menyebabkan leher mangsa luka parah dan menyebabkan kematiannya.
Kejadian yang berlaku di New Delhi, India itu merupakan insiden kedua minggu ini.
Jumlah kematian dan kecederaan dilaporkan meningkat sekitar Hari Kemerdekaan yang disambut India pada 15 Ogos apabila masyarakat secara tradisinya menerbangkan layang-layang yang dicat dengan warna bendera India.
Selain tu, peserta sukan juga menggunakan tali bersalut logam atau serpihan kaca bertujuan memutuskan benang layang-layang lawan di udara.
Terdahulu, seorang jurutera berusia 28 tahun di Delhi meninggal dunia pada Hari Kemerdekaan apabila lehernya cedera terkelar tali layang-layang ketika menunggang motosikal.
Kerajaan Delhi tiga tahun lalu telah mengeluarkan larangan terhadap pengeluaran, penjualan dan penyimpanan tali kaca susulan beberapa kejadian seumpamanya.
Menurut laporan media tempatan, mereka yang ditangkap boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun dan denda 100,000 rupee (kira-kira RM600) jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, beberapa kejiranan di sekitar New Delhi terus menjual tali kaca berkenaan walaupun larangan dikeluarkan.
Topic Berkaitan
#India
#Kanak-kanak
#Media
#meninggal dunia
#tali layang-layang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan