awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Stadium baharu di Thailand dikecam kerana trek larian bersudut tepat
Noor Azman tidak bersalah, kembali galas tugas Setiausaha Agung - FAM
Extra Joss Oren kembali, segar & bertenaga setiap hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak 7 tahun mati ditembak, mangsa termuda dalam konflik rampasan kuasa Myanmar

Astro Awani
Astro Awani
24/03/2021
00:32 MYT
Budak 7 tahun mati ditembak, mangsa termuda dalam konflik rampasan kuasa Myanmar
Save the Children mendakwa lebih 20 kanak-kanak antara puluhan yang maut sejak rampasan kuasa berlaku. -Gambar fail/REUTERS
NAYPYITAW: Kanak-kanak berusia tujuh tahun mati ditembak pihak berkuasa Myanmar, sekali gus didakwa menjadi mangsa termuda dalam ketegangan susulan rampasan kuasa tentera.
Ahli keluarga kanak-kanak itu mendakwa mangsa ditembak mati di kediamannya di bandar Mandalay.
Kakitangan perkhidmatan pengebumian memaklumkan agensi berita Reuters bahawa kanak-kanak itu ditembak di bandar Chan Mya Thazi.
Media tempatan, Myanmar Now melaporkan pihak tentera cuba menembak bapa kanak-kanak itu, namun tersasar dan terkena mangsa.
Badan bukan kerajaan, Save the Children mendakwa lebih 20 kanak-kanak merupakan antara puluhan yang maut sejak rampasan kuasa itu berlaku.
Secara keseluruhan, pihak tentera memaklumkan seramai 164 mangsa telah terbunuh dalam siri protes yang berlangsung.
Namun, kumpulan aktivis Assistance Association for Political Prisoners (AAPP) mendakwa terdapat sekurang-kurangnya 261 kematian.
Pihak tentera pada Selasa mengaku sedih dengan kematian peserta protes, namun mendakwa kumpulan anti-rampasan kuasa bertanggungjawab sepenuhnya atas keganasan tersebut.
Topic Berkaitan
#rampasan kuasa myanmar
#Junta tentera Myanmar
#protes Myanmar
#kanak-kanak maut Myanmar
#keganasan
#Assistance Association for Political Prisoners
#AAPP
#Save The Children
#Chan Mya Thazi
#Mandalay
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan