[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
DUNIA

Budak empat tahun ditemui selamat selepas hilang dua minggu

Astro Awani 03/11/2021 | 00:54 MYT
Ibu dan bapa Cleo menunjukkan foto anak mereka selepas kanak-kanak itu dilaporkan hilang pada 19 Oktober. - Foto AP
SYDNEY: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun ditemui selamat selepas dua minggu dilaporkan hilang di Australia, kata pihak berkuasa pada Rabu.
Anggota polis menyerbu sebuah rumah di Carnarvon, kira-kira 100 kilometer dari tempat dia kali terakhir dilihat, dan menemui Cleo Smith dalam salah satu bilik.
"Salah seorang daripada anggota kami mendukung kanak-kanak tersebut dan apabila ditanya namanya, kanak-kanak tersebut menjawab 'Nama saya Cleo'," kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Australia Barat, Kol Blanch.
Katanya, polis turut menahan seorang suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan kanak-kanak tersebut.
Kali terakhir Cleo dilihat adalah pada jam 1.30 pagi, 16 Oktober lalu dalam khemah keluarganya ketika di Blowholes Shacks, kira-kira 900 kilometer di utara Perth.
Polis Australia percaya kanak-kanak tersebut diculik dan menawarkan ganjaran 1 juta dolar Australia (AS$743,000) kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang kehilangannya.
#Kanak-kanak #hilang #ditemui selamat #rumah