awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak jadi hamba seks bomoh durjana selama 15 tahun

Astro Awani
Astro Awani
07/08/2018
12:55 MYT
Budak jadi hamba seks bomoh durjana selama 15 tahun
Seorang kanak-kanak dikurung dan diperdaya menjadi hamba seks selama 15 tahun kepada seorang lelaki yang selayaknya dipanggil datuk. -Gambar hiasan
Akibat terlalu percayakan bomoh, seorang kanak-kanak dikurung dan diperdaya menjadi hamba seks selama 15 tahun kepada seorang lelaki yang selayaknya dipanggil datuk.
Kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia 12 tahun telah mendapatkan rawatan di rumah bomoh berusia 68 tahun itu di wilayah Tolitoli pada tahun 2003.
Bomoh yang dikenali sebagai JG itu kemudian memperdaya kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai H itu dengan mendakwa bahawa tubuhnya dirasuk roh teman lelaki H yang bernama 'Amrin'.
Sebagai langkah rawatan, H perlu melakukan hubungan seks dengan 'Amrin' melalui JG, lapor Reuters.
Untuk tempoh 15 tahun berikutnya, H perlu melayani permintaan 'Amrin' yang disangka roh teman lelakinya.
Keluarga mangsa yang cuba mencari H diberitahu bahawa mangsa telah pergi ke Jakarta untuk bekerja.
Budak perempuan itu bagaimanapun berjaya diselamatkan polis selepas menerima tip daripada kakak mangsa sendiri yang kebetulan berkahwin dengan anak bomoh durjana itu.
Polis menemukan H yang sudah pun berusia 28 tahun pada Ahad di dalam hutan berhampiran kampung Bajugan, di wilayah Sulawesi Tengah.
Topic Berkaitan
#Amrin
#Bajugan
#bomoh
#dikurung
#hamba seks
#JG
#kanak-kanak perempuan
#rawatan
#rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan