awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak lapan tahun dinobat juruvideo dron termuda dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
28/05/2024
01:00 MYT
Budak lapan tahun dinobat juruvideo dron termuda dunia
Louisa Royer (kiri) menerima pencapaian daripada Guiness World Record sebagai juruvideo dron termuda di dunia. - Foto agensi
INDIANA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dianugerahkan sebagai juruvideo dron termuda di dunia dalam anugerah Festival Filem Antarabangsa AZSDroneFest baru-baru ini, lapor portal UPI.com.
Pengiktirafan Louisa Royer juga seorang pelajar di Evansville Day School yang membawa dronnya semasa melakukan percutian di Eropah, Jepun, Australia dan Korea Selatan oleh Guiness World Record (GWR) selepas gurunya menggalakkan dia menghantar rakamannya ke festival filem tersebut.
"Saya meminta hadiah dron sebagai hadiah hari jadi kerana amat menyukai mata pelajaran sains dan minat meneroka dunia dari sudut pandangan yang berbeza," kata Royer kepada GWR.
Rakaman dron itu melayakkan dia dianugerahkan sebagai Juruterbang Dron Baharu Terbaik semasa di festival itu.
"Memahami cara menerbangkan dron dengan selamat di negara dan lokasi berbeza adalah sukar.
"Anda perlu peka dengan persekitaran untuk mengelakkan lapangan terbang dan halangan seperti talian elekrik atau pokok," ujarnya.
Atas sebab itu, Royer dinobatkan sebagai juruvideo dron termuda (kategori wanita) pada usia lapan tahun 268 hari.
"Ia sangat menakjubkan dan sangat mengujakan apabila rakan dan keluarga berbangga dengan pencapaian ini," tambahnya. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#dron
#GWR
#juruvideo termuda
#Louisa Royer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan