DUNIA
Bukti DNA kaitkan suspek dengan pembunuhan Charlie Kirk - FBI
Tyler Robinson ditahan di Washington County, Utah selepas keluarganya membantu mengenal pasti beliau. - Foto AP
WASHINGTON: Penyiasat menemui bahan bukti DNA yang mengaitkan suspek pembunuh Charlie Kirk, Tyler Robinson, dengan lokasi kejadian minggu lalu, lapor Xinhua pada Isnin memetik Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) Kash Patel.
Ringkasan AI
"Kami memiliki DNA pada pemutar skru yang ditemui di atas bumbung dan tuala yang membalut senjata api itu," kata Patel dalam satu temu bual dengan Fox News.
Beliau berkata raifal tersebut kini sedang dianalisis di makmal Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan (ATF) di Maryland.
Pengarah FBI itu turut memaklumkan bahawa keluarga suspek secara kolektif memberitahu penyiasat bahawa Robinson berpegang pada ideologi "sayap kiri" dan "lebih ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini."
Kirk, seorang aktivis sayap kanan dan pempengaruh, maut selepas ditembak di leher pada Rabu ketika sedang berdebat di hadapan khalayak di Universiti Utah Valley.
Kira-kira 33 jam selepas kejadian, suspek berusia 22 tahun itu ditahan di Washington County, Utah selepas keluarganya membantu mengenal pasti beliau berdasarkan imej yang disiarkan pihak berkuasa.
Seorang ahli keluarga Robinson menghubungi rakan keluarga yang kemudiannya memaklumkan Pejabat Syerif Washington County bahawa Robinson telah mengaku kepadanya, kata Gabenor Utah Spencer Cox pada Jumaat.
Dalam penampilan di NBC pada Ahad, Gabenor Utah itu berkata temu bual dengan rakan dan ahli keluarga Robinson menunjukkan bahawa beliau memiliki "ideologi sayap kiri" yang "sangat berbeza" daripada keluarganya yang konservatif.
Meskipun berdaftar sebagai pengundi, rekod pengundian negeri menunjukkan Robinson tidak bersekutu dengan mana-mana parti politik dan tidak mengundi dalam pilihan raya presiden November lalu - pilihan raya presiden pertama sejak beliau berusia 18 tahun.
Kedua-dua ibu bapanya berdaftar sebagai Republikan.
Pihak berkuasa masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti motif.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- FBI menemui DNA suspek Tyler Robinson pada pemutar skru dan tuala yang membalut senjata api, mengaitkannya dengan pembunuhan aktivis sayap kanan Charlie Kirk di Utah.
- Charlie Kirk maut ditembak di leher ketika berdebat di Universiti Utah Valley, manakala Robinson, 22, ditahan 33 jam kemudian selepas keluarganya membantu pihak berkuasa mengenal pasti suspek.
- Siasatan awal menunjukkan Robinson berpegang pada ideologi sayap kiri, namun motif pembunuhan masih disiasat; senjata api kini dianalisis oleh ATF.