awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buku jadi hantaran mas kahwin

Sinar Harian
Sinar Harian
26/09/2022
00:00 MYT
Buku jadi hantaran mas kahwin
Shantana (kiri) menerima buku daripada Nikhil sebagai mas kahwin. - Foto agensi
DHAKA: Dua pasangan mempelai di daerah Chikasi, Bangladesh memilih buku sebagai mas kahwin pada hari pernikahan mereka baru-baru ini.
Pengantin lelaki, Nikhil Nuashad bersetuju menyerahkan 101 naskhah buku kepada pasangannya, Shantana Khatun sebagai mahar.
Hantaran mas kahwin itu menjadi perbualan tetamu dan penduduk kampung kerana kebiasaannya ia melibatkan emas, wang atau keperluan wanita.
Selain buku, Shantana turut menerima pin hidung, cincin dan 70 buah buku bernilai 11,000 taka (RM485).
Baki 31 buku lagi akan dibayar dan diserahkan secara berperingkat.
Pasangan pengantin baharu itu jatuh cinta menerusi penulisan puisi semasa mereka menuntut di sebuah kolej kerajaan.
Dalam pada itu, Nikhil memberitahu pemberita bahawa Shantana hanya mahukan 101 buku sebagai mas kahwin dan berharap kisah mereka akan menginspirasikan pasangan lain ke arah perkahwinan tanpa mahar. - Sinar Harian memetik laporan agensi
Topic Berkaitan
#mas kahwin
#Buku
#MAHAR
#Pengantin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan