Bumbung runtuh ketika konsert death metal, seorang maut

Agensi
April 1, 2023 04:25 MYT
Seorang penonton maut manakala 28 lagi cedera apabila bumbung venue bersejarah di Illinois runtuh semasa konsert pada Jumaat malam. -Facebook Ed Reams
ILLINOIS: Seorang maut manakala 28 lagi cedera apabila bumbung venue bersejarah di Belvidere, Illinois, Amerika Syarikat (AS) runtuh semasa konsert pada Jumaat malam.
Bumbung Apollo Theatre itu runtuh semasa konsert kumpulan death metal Morbid Angel sedang berlangsung.
Rakaman media sosial menunjukkan lubang pada bumbung venue manakala orang awam cuba mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bawah timbunan serpihan.

Roof collapses during concert by Morbid Angel at the Apollo Theatre in Belvidere, Illinois. There are reports of multiple victims#morbidangel #apollotheatre #belvidere #illinois #tornado #storm #weather #breakingnews pic.twitter.com/ptmYoSkm4o

— Crime With Bobby (@crimewithbobby) April 1, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sekurang-kurangnya 20 ambulans dihantar ke lokasi kejadian.
Setakat ini tidak diketahui berapa ramai penonton berada di lokasi ketika kejadian.

WATCH: Roof collapses during Morbid Angel concert in Belvidere, Illinois. Reports of multiple victims pic.twitter.com/iDGF09NA4A

— BNO News Live (@BNODesk) April 1, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Pentadbiran saya memantau dengan teliti insiden bumbung runtuh di Apollo Theatre di Belvidere malam ini.
"Saya telah berhubung dengan pegawai untuk kemas kini dan untuk mengarahkan mana-mana sumber yang ada," kata Gabenor Illinois, JB Pritzker.
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan mengeluarkan amaran ribut petir dan puting beliung yang teruk di Belvidere, menganggarkan kelajuan angin sekitar 112 kilometer sejam serta hujan batu.
Ribut telah menyebabkan sekurang-kurangnya 103,000 penduduk terputus bekalan elektrik pada Jumaat malam, menurut laporan Poweroutage.us.
Apollo Theatre, yang dibina pada tahun 1921, dianggap venue perdana muzik dan teater.
#bumbung runtuh #Apollo Theatre #death metal #Morbid Angel