DUNIA

Bungkusan mencurigakan dalam kereta api rupanya pemutar piring hitam lama

Bernama 07/06/2025 | 12:45 MYT
Pasukan pemusnah bom dipanggil dan selepas pemeriksaan, bungkusan itu didapati hanya mengandungi sebuah pemutar piring hitam lama. - Gambar hiasan
HAMBURG: Sebuah bungkusan terbiar dalam kereta api ekspres antara bandar mencetuskan kekecohan di stesen Altona, Hamburg pada pagi Jumaat, lapor agensi berita Jerman (dpa).


Ringkasan AI
  • Sebuah bungkusan mencurigakan dalam kereta api ekspres mencetuskan kekecohan di Stesen Altona, Hamburg, menyebabkan satu platform dikosongkan sebagai langkah keselamatan.
  • Pasukan pemusnah bom dipanggil dan selepas pemeriksaan, bungkusan itu didapati hanya mengandungi sebuah pemutar piring hitam lama.
  • Operasi keselamatan tamat menjelang tengah hari dan bungkusan tersebut diserahkan kepada pihak pengurusan kereta api sebagai barang hilang.


Polis memaklumkan pada Sabtu bahawa satu platform di hab kereta api di utara bandar itu telah dikosongkan selepas bungkusan itu ditemukan oleh petugas kereta api.

Satu pasukan pemusnah bom segera dikerahkan untuk memeriksa bungkusan berkenaan dan mendapati ia hanya mengandungi sebuah pemutar piring hitam lama.

Operasi keselamatan selesai sepenuhnya menjelang tengah hari.

Bungkusan itu kemudiannya diserahkan kepada pihak pengurusan kereta api sebagai barang hilang.

-- BERNAMA



#bungkusan mencurigakan #kereta api #bom #Hamburg