Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
DUNIA

Bunyi letupan terus kedengaran di Khan Younis

Farhan Hakimi 20/08/2025 | 11:58 MYT
Ribuan penduduk Gaza dilaporkan bergerak ke arah selatan dan barat dari Gaza City kerana bimbang akan serangan darat besar-besaran oleh Israel. - fotoREUTERS
: BEBERAPA letupan kedengaran dan kelihatan dari Khan Younis di selatan Gaza pada pagi Rabu.

Ia menyusul sehari selepas Israel menyatakan sedang mengkaji maklum balas daripada pasukan pejuang Hamas, terhadap cadangan gencatan senjata selama 60 hari dan pembebasan separuh daripada tebusan yang masih ditahan di Gaza.

Lantaran itu, ribuan penduduk Gaza bergerak ke arah selatan dan barat dari Gaza City kerana bimbang akan serangan darat besar-besaran oleh Israel.

Pada Rabu, seorang pegawai tentera Israel berkata 50,000 anggota simpanan akan dipanggil sebagai persediaan untuk serangan tersebut.

Pegawai itu turut menyatakan kebanyakan pasukan yang akan beroperasi di pusat bandar utama Gaza adalah terdiri daripada anggota tentera aktif.

Notis panggilan untuk anggota simpanan dijangka akan dihantar dalam beberapa hari akan datang, dan mereka dijangka melapor diri pada bulan September, walaupun tarikh tepat belum diumumkan.

Untuk rekod, pasa Selasa, tembakan senjata, serangan kereta kebal dan serangan udara Israel mengorbankan sekurang-kurangnya 20 rakyat Palestin, menurut pegawai kesihatan Gaza.






#Gaza #Israel #Khan Younis #gencatan senjata