awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bursa Saham Thailand digantung serta-merta, susulan gempa bumi bermagnitud 7.7 di Myanmar

Agensi
Agensi
28/03/2025
08:49 MYT
Bursa Saham Thailand digantung serta-merta, susulan gempa bumi bermagnitud 7.7 di Myanmar
Orang ramai melihat runtuhan bangunan selepas gegaran kuat dirasai susulan gempa bumi Myanmar. - Foto REUTERS/Ann Wang
BANGKOK: Bursa Saham Thailand terpaksa menggantung semua sesi dagangan pada Jumaat petang serta-merta, susulan gempa bumi bermagnitud 7.7 di Myanmar yang menyebabkan gegaran dirasai sehingga kota Bangkok di Negara Gajah Putih itu.
"Susulan gempa bumi itu, Bursa Saham Thailand menggantung kesemua aktiviti perdagangan dengan serta-merta," kata operator bursa di laman web rasminya.
"Penutupan ini melibatkan kesemua pasaran, termasuk SET, Market for Alternative Investment (MAI) dan Thailand Futures Exchange (TFEX) untuk sesi petang ini.
Gempa bumi kuat berukuran 7.7 magnitud melanda Myanmar pada tengah hari Jumaat, menyebabkan gegaran kuat dirasai di Thailand termasuk di ibu kota negara Gajah Putih berkenaan, Bangkok.
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat, gempa kuat itu turut melanda barat laut bandar Sagaing.
Seorang penduduk di utara Thailand, Chiang Mai, Duangjai memaklumkan pengalaman berdepan gegaran ketika sedang tidur di rumah. .
"Saya mendengarnya dan saya sedang tidur di rumah, saya berlari sejauh mungkin dengan memakai piyama keluar dari bangunan," kata Duangjai.
Menurut laporan media tempatan, kepingan siling jatuh dari bangunan manakala jalan raya mula retak di ibu kota Myanmar, Nay Pyi Taw.
Kawasan yang terjejas bergegar dengan kuat kira-kira setengah minit sebelum reda.
Namun begitu, tiada laporan segera mengenai korban selepas gempa bumi tetapi ia menyebabkan keadaan panik di bandar-bandar berdekatan di utara Thailand dan hingga ke ibu kota Bangkok.
Sementara itu, Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra berkata beliau telah menghentikan lawatan rasmi ke Phuket untuk mengadakan "mesyuarat tergempar" selepas gempa bumi itu.
Topic Berkaitan
#Bangkok
#gempa bumi
#Perdana Menteri
#Paetongtarn Shinawatra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan