BANGKOK:"Cabaran Jaguh Nasi Lemak" yang pertama kali diadakan di sini, mengubati kerinduan anak rantau Malaysia yang menetap di Thailand terhadap makanan kegemaran rakyat di tanah air itu.
Kira-kira 130 rakyat Malaysia yang tinggal di Bangkok serta provinsi berhampiran tidak melepaskan peluang untuk menikmati jamuan nasi lemak yang dianjurkan oleh Kelab Malaysia Bangkok dan disokong oleh Kedutaan Malaysia di sini pada Sabtu.
Nasi lemak, merangkumi nasi yang dimasak dengan santan kelapa serta daun pandan dan dihidangkan bersama-sama sambal serta ikan bilis goreng, kacang tanah, telur rebus dan kepingan timun, dianggap sebagai makanan kebangsaan Malaysia kerana hidangan itu digemari oleh semua lapisan rakyatnya.
Pertandingan itu yang berlangsung di Eastin Hotel Makkasan Bangkok membolehkan penggemarnya menikmati 21 hidangan berbeza yang disediakan oleh warga Malaysia bergelar 'home-based chef' (cef berpangkalan di rumah) di sini.
Cabaran itu diadili oleh Duta Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel, cef selebriti Malaysia Walter Lee dan Cef Scott Da Silva daripada Makan-Makan, sebuah restoran Malaysia di sini.
Turut hadir Timbalan Ketua Misi Kedutaan Malaysia di Bangkok Suzilah Mohd Sidek, Presiden Kelab Malaysia Thailand Datuk Bobby Thai dan Pengurus Besar Eastin Hotel Makkasan Bangkok Pauline Chua.
Jojie berkata 'Cabaran Jaguh Nasi Lemak' merupakan satu lagi inisiatif untuk mempromosikan makanan Malaysia di Thailand.
"Saya gembira rakyat Malaysia yang tinggal di sini, sekalipun berbeza kaum, agama dan budaya, berkumpul bersama-sama untuk program ini, iaitu satu platform yang baik untuk menyatukan kita," katanya.
Pertandingan itu yang dicetuskan oleh Dr Silva Kumar, seorang warga Malaysia yang menetap di Thailand, bertujuan menghimpunkan cef berpangkalan di rumah bagi menghidangkan juadah kegemaran ramai tersebut kepada komuniti Malaysia di sini.
"Susulan penularan COVID-19 dan sekatan perjalanan, ramai rakyat Malaysia terkandas di Thailand dan mereka rindukan nasi lemak. Ada dalam kalangan mereka menjadi 'home-based chef' yang memulakan perniagaan nasi lemak menerusi media sosial," kata Silva Kumar kepada Bernama.
Katanya jawatankuasa penganjur menerima sambutan yang amat menggalakkan kerana ramai rakyat Singapura dan warga asing lain turut berminat untuk menyertai cabaran itu.
"Bagaimanapun, saya terpaksa mengehadkan penyertaan kepada rakyat Malaysia sahaja atas faktor ruang venue," katanya.
Sementara itu, Cef Walter Lee yang juga dikenali sebagai Cef Kani berkata 'Cabaran Jaguh Nasi Lemak' mampu menjadi platform untuk pertandingan nasi lemak antarabangsa pada masa depan.
"Ini akan meletakkan juadah Malaysia ini pada peta gourmet dunia," kata juri yang diiktiraf oleh World Association of Chefs' Societies (WACS) itu.
Para hakim menghadapi kesukaran untuk memilih pemenang kerana "persaingan yang amat sengit, justeru sukar untuk kami buat keputusan."
Husna Nadzri menewaskan 20 lagi peserta untuk muncul juara 'Cabaran Jaguh Nasi Lemak ' dan membawa pulang wang tunai 3,000 baht (RM395), pakej sut buatan khas bernilai 14,000 baht (RM1,840) serta baucar penginapan.
Rosnidar Ibrahim pula muncul naib juara sementara Noor Baizura Mohamad Mokhtar di tempat ketiga dan masing-masing menerima 3,000 baht (RM400) dan 1,000 baht (RM131) berserta baucar penginapan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 04 2020
'Cabaran Jaguh Nasi Lemak' merupakan satu lagi inisiatif untuk mempromosikan makanan Malaysia di Thailand. - Gambar fail
Selesaikan projek RMK-12 segera sebelum cadang rancangan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu semua projek-projek pembangunan yang tertunggak dalam Rancangan Malaysia, RMK-12 diselesaikan, sebelum cadangan baharu dikemukakan untuk RMK-13.
Mahu gerak solo? Bersedia terima tentangan UMNO - Bung
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin mengajak semua parti yang ingin bergerak solo dalam pilihan raya akan datang agar bersiap sedia untuk menerima tentangan sengit.
Sabah tarik kehadiran 2.1 juta pelancong dari Januari hingga Ogos
Sabah berjaya menarik kehadiran 2.1 juta pelancong dalam tempoh lapan bulan pada 2024.
Tamu Besar Kota Belud himpunkan kepelbagaian budaya
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor memaklumkan penganjuran Tamu Besar Kota Belud dapat dijadikan model bagi membangunkan potensi setiap daerah di sabah lebih-lebih lagi bidang sosioekonomi, pelancongan dan kebudayaan.
Penerbangan Batik Air antara Bintulu-KL lonjak sektor perniagaan, pelancongan
Penerbangan Batik Air antara Bintulu dan Kuala Lumpur bakal memberikan lonjakan sektor pelancongan dan perniagaan buat kedua-dua kawasan itu.
YKN Gerak Inisiatif Bilik Kasih Wanita
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bakal menubuhkan Bilik Kasih Wanita di Hospital Umum Sarawak (HUS) sebagai ruang rehat khas untuk jururawat wanita hospital itu.
Fokus Minggu Depan: Jangkaan Dasar Luar Washington di bawah pentadbiran baharu
Menjelang Pilihan Raya Presiden AS. Bagaimana jangkaan hubungan AS dan Malaysia termasuk negara ASEAN di bawah kepimpinan baharu AS; sama ada Kamala Harris atau Donald Trump yang dipilih jadi presiden.
Gaji permulaan terendah di laman sesawang SPA akan dikemas kini pada Disember
Kadar gaji permulaan terendah bagi jawatan ditawarkan di laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan dikemas kini pada 1 Dis.
Tiga individu ditahan terlibat tawar khidmat pelacuran dalam talian
Dua wanita warga asing yang dipercayai sudah terlibat dengan kegiatan itu sejak tiga bulan lepas menerima RM120 bagi setiap pelanggan.
Program Makanan Sedunia PBB tidak dapat gantikan UNRWA di Gaza
Awal minggu ini, Parlimen Israel meluluskan rang undang-undang kontroversi yang mengehadkan operasi UNRWA di Semenanjung Gaza.
'Cabaran Nasi Lemak' di Bangkok ubati kerinduan perantau Malaysia
"Cabaran Jaguh Nasi Lemak" yang pertama kali diadakan di sini, mengubati kerinduan anak rantau Malaysia yang menetap di Thailand terhadap makanan kegemaran rakyat di tanah air itu.