DUNIA
  
            Cacar monyet: Eropah catat kematian pertama
Sepanyol setakat ini telah mengesan 4,298 kes yang disahkan daripada 17 komuniti berbeza. - Foto fail/REUTERS
            
      ANKARA: Eropah mencatatkan korban pertama akibat penyakit cacar monyet selepas Sepanyol pada Jumaat mengesahkan satu kes kematian disebabkan wabak itu, lapor Agensi Anadolu.
Kes itu juga adalah kes kematian kedua yang dilaporkan di luar Afrika.
BACA: Cacar monyet: Brazil sahkan kematian pertama
Menurut Kementerian Kesihatan Sepanyol, 120 pesakit cacar monyet kini dimasukkan ke hospital, menyumbang 3.2 peratus daripada 3,750 pesakit.
Sepanyol setakat ini telah mengesan 4,298 kes yang disahkan daripada 17 komuniti berbeza.
Madrid mempunyai jumlah jangkitan tertinggi dengan 1,656, diikuti Catalonia (1,406) dan Andalusia (498).
Terdahulu pada Jumaat, Brazil melaporkan kematian akibat cacar monyet iaitu kes pertama di luar Afrika.
-- BERNAMA