awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cacar monyet: Lebih banyak kes akan dikesan secara global

Astro Awani
Astro Awani
22/05/2022
23:45 MYT
Cacar monyet: Lebih banyak kes akan dikesan secara global
Cacar monyet ialah penyakit berjangkit yang biasanya ringan dan menjadi endemik di bahagian barat dan tengah Afrika. - Gambar hiasan
LONDON: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan lebih banyak kes cacar monyet akan dikesan.
Agensi kesihatan PBB itu meluaskan pengawasan di negara-negara yang tidak pernah mempunyai kes cacar monyet.
Sehingga Sabtu lalu, 92 kes disahkan dan 28 kes disyaki dilaporkan dari 12 negara anggota yang bukan endemik virus itu.
WHO akan memberikan garis panduan berhubung cara mengurangkan penularan cacar monyet dalam masa terdekat.
WHO menjelaskan, penularan dari manusia ke manusia berlaku susulan individu berjangkit mempunyai hubungan rapat dengan kes yang bergejala.
Cacar monyet ialah penyakit berjangkit yang biasanya ringan dan menjadi endemik di bahagian barat dan tengah Afrika.
Ia disebarkan melalui hubungan rapat, jadi ia boleh dikawal dengan mudah melalui langkah-langkah seperti kuarantin diri dan kebersihan.
Pakar penyakit berjangkit WHO, David Heymann menjelaskan cacar monyet menular dalam komuniti melalui jangkitan seksual.
Banyak kes semasa telah dikenal pasti di klinik kesihatan seksual.
Heymann berkata jawatankuasa pakar antarabangsa mengadakan mesyuarat untuk melihat sama ada terdapat sebarang penyebaran tanpa gejala, golongan yang paling berisiko, dan pelbagai laluan penularan.
Beliau berkata hubungan rapat adalah laluan penularan utama, kerana penyakit itu sangat menular.
Topic Berkaitan
#cacar monyet
#WHO
#jangkitan seksual
#endemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan