DUNIA
AS cadang keluar syiling satu dolar papar imej Trump
Bagaimanapun, berikutan sekatan Kongres terhadap pemaparan individu pada reka bentuk syiling, masih belum pasti sama ada draf imej itu akan berdepan cabaran di bawah undang-undang semasa. - Foto fail/REUTERS
WASHINGTON: Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan syiling satu dolar yang memaparkan imej Presiden Donald Trump sempena ulang tahun ke-250 kemerdekaan negara itu tahun depan, menurut jabatan itu pada Jumaat, lapor Xinhua.
Menurut draf reka bentuk yang disiarkan di platform X oleh Bendahari Brandon Beach, syiling itu memaparkan imej Trump dengan penumbuk diangkat pada satu sisi bersama perkataan "fight, fight, fight" yang merujuk kepada reaksinya selepas terselamat daripada cubaan bunuh tahun lalu semasa kempen pilihan raya.
Bahagian lain syiling itu memaparkan profil Trump dengan perkataan "LIBERTY" di atas dan tarikh "1776-2026" di bawahnya.
Bagaimanapun, berikutan sekatan Kongres terhadap pemaparan individu pada reka bentuk syiling, masih belum pasti sama ada draf imej itu akan berdepan cabaran di bawah undang-undang semasa.
-- BERNAMA