awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyanyi Nigeria, Ifunanya Nwangene meninggal dunia dipatuk ular tedung di dalam rumah
Trump umum Pusat Kennedy hentikan operasi hiburan selama dua tahun
Izara Aishah hamil cahaya mata ketiga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS cadang wajibkan semakan media sosial lima tahun pelancong

Bernama
Bernama
11/12/2025
10:15 MYT
AS cadang wajibkan semakan media sosial lima tahun pelancong
Keperluan itu akan melibatkan platform seperti TikTok, X dan Instagram. - Gambar hiasan/ Reuters
WASHINGTON: Pegawai Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (AS) sedang mempertimbangkan untuk mewajibkan pelancong yang memasuki negara itu membuka akses kepada hantaran media sosial mereka sepanjang lima tahun lalu, menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri pada Rabu, lapor agensi berita Jerman dpa.

Ringkasan AI
  • Pegawai Kastam AS pertimbangkan cadangan mewajibkan pelancong buka akses media sosial lima tahun lalu.
  • Cadangan itu melibatkan TikTok, X dan Instagram serta akan menjejaskan pelancong ESTA.
  • Langkah itu untuk mematuhi perintah eksekutif dan sebahagian daripada pakej peraturan pengumpulan data individu yang masuk dan keluar AS.

Cadangan setebal 11 halaman itu diterbitkan dalam Daftar Persekutuan untuk ulasan awam selama 60 hari dan belum mengikat dari segi undang-undang. Keperluan itu akan melibatkan platform seperti TikTok, X dan Instagram.
Semua pelancong yang memasuki AS melalui Sistem Elektronik Kebenaran Perjalanan (ESTA) dijangka terjejas. ESTA membenarkan perjalanan tanpa visa dari lebih 40 negara dengan tempoh tinggal sehingga 90 hari.
Jabatan itu berkata prosedur baharu itu demi mematuhi perintah eksekutif yang dikeluarkan pada Januari 2025 untuk "melindungi Amerika Syarikat daripada pengganas asing serta ancaman keselamatan negara dan keselamatan awam lain".
Semakan mandatori media sosial itu merupakan sebahagian daripada pakej peraturan lebih besar yang akan mengawal pengumpulan data individu yang memasuki dan meninggalkan AS.
Pada Ogos lalu, pentadbiran AS telah memperluas semakan terhadap pemegang visa.
Menurut laporan the Washington Post, berjuta-juta individu yang sudah berada di AS turut diperiksa, dengan tumpuan khusus terhadap penglibatan mereka dalam talian bagi tujuan membatalkan visa sekiranya terdapat bukti pelanggaran tempoh tinggal atau aktiviti jenayah.
Dalam perkembangan berkaitan, Perkhidmatan Kewarganegaraan dan Imigresen Amerika Syarikat (USCIS) turut mengumumkan semakan terhadap bakal pendatang bagi mengesan kemungkinan kenyataan "anti-Amerika" di internet.
Pegawai persekutuan kini sedang menguatkuasakan peraturan ketat terhadap pendatang yang melanggar tempoh tinggal yang dibenarkan dalam dokumen mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#visa Amerika Syarikat
#semakan media sosial
#cara mohon visa amerika syarikat
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan