DUNIA
Cadangan EU mengenai penyerahan wilayah Ukraine dihantar kepada AS - Merz
Merz menegaskan, sebarang penyelesaian yang dirunding mesti melindungi kepentingan keselamatan Eropah dan tidak boleh mengorbankan perpaduan Kesatuan Eropah dan NATO. - Gambar fail/REUTERS
BERLIN: Canselor Jerman Friedrich Merz mengumumkan pada Khamis yang pemimpin Eropah menghantar satu cadangan kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berhubung penyerahan wilayah yang Ukraine sedia lakukan dan mesyuarat lanjut akan diadakan untuk membincangkan perkara itu, lapor Xinhua.
Bercakap kepada pemberita di samping Setiausaha Agung NATO Mark Rutte yang dalam lawatan ke Jerman, Merz berkata cadangan berkenaan dibuat selepas perbualan telefon sehari sebelumnya dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Perdana Menteri Britain Keir Starmer.
Merz berkata mereka menjelaskan kepada Trump bahawa persoalan mengenai penyerahan wilayah Ukraine mesti terlebih dahulu dijawab oleh presiden Ukraine dan rakyat Ukraine.
Perbincangan lanjut dengan kerajaan AS dirancang pada hujung minggu ini dan mungkin akan ada satu mesyuarat di Berlin pada awal minggu depan, katanya.
"Sama ada kerajaan AS akan mengambil bahagian bergantung pada penyediaan bersama dokumen yang sedang dirangka,"kata Merz.
Beliau menegaskan yang sebarang penyelesaian yang dirunding mesti melindungi kepentingan keselamatan Eropah dan tidak boleh mengorbankan perpaduan Kesatuan Eropah dan NATO.
-- BERNAMA