awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Caj jalan raya: Singapura mungkin ambil tindakan jika ada diskriminasi - akhbar

Bernama
Bernama
28/10/2016
23:10 MYT
Caj jalan raya: Singapura mungkin ambil tindakan jika ada diskriminasi - akhbar
Jurucakap Kementerian Pengangkutan Singapura dipetik berkata, pihaknya sedia maklum Malaysia merancang melaksanakan Caj Jalan Raya sebanyak RM20 di Tambak Johor dan Link Kedua bermula 1 Nov. - Gambar fail
Singapura mungkin melaksanakan beberapa tindakan tertentu jika kenderaan berdaftar di Singapura didiskriminasikan ekoran pelaksanaan Caj Jalan Raya (RC) oleh Malaysia, lapor akhbar Straits Times pada Jumaat.
Ia merujuk kepada langkah Malaysia memperkenalkan RC sebanyak RM20 kepada semua kenderaan persendirian dengan nombor pendaftaran asing yang memasuki Malaysia melalui Johor.
"Kami sedia maklum Malaysia merancang melaksanakan Caj Jalan Raya sebanyak RM20 di Tambak Johor dan Link Kedua bermula 1 Nov ini.
"Jika ia mendiskriminasi kenderaan berdaftar Singapura, kami akan memadankan tindakan itu dalam bentuk tertentu," kata jurucakap Kementerian Pengangkutan Singapura seperti yang dipetik akhbar itu.
Semasa mengumumkan perkara itu hari ini, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata RC akan dikutip setiap kali pemilik kenderaan berkenaan memasuki Malaysia menggunakan kad Touch n’ Go.
Beliau berkata langkah awal sistem kutipan itu hanya melibatkan kenderaan asing dan tidak termasuk motosikal dengan nombor pendaftaran asing. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#caj jalan raya
#diskriminasi
#Kementerian Pengangkutan Singapura
#kenderaan berdaftar
#Malaysia
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan