Calon pilihan raya Presiden AS, Dean Phillips tarik diri

Agensi
Mac 6, 2024 23:30 MYT
Dean Phillips, seorang ahli kongres AS yang kurang dikenali dari Minnesota mengumumkan beliau akan mencabar Biden meskipun peluangnya tipis.- Gambar Reuters
WASHINGTON: Wakil Rakyat Amerika Syarikat (AS), Dean Phillips, mengumumkan menarik diri sebagai pesaing Presiden Joe Biden bagi pencalonan Presiden negara itu pada Rabu.
Ini kerana, Philips mengakui dengan jelas beliau bukan calon yang layak untuk menentang Biden.
Phillips, seorang ahli kongres AS yang kurang dikenali dari Minnesota mengumumkan beliau akan mencabar Biden meskipun peluangnya tipis.
Ini kerana beliau tidak percaya presiden itu boleh memenangi satu penggal lagi.
Ahli perniagaan yang juga jutawan berusia 55 tahun dan pengasas syarikat Gelato itu mengumumkan tawaran beliau dalam satu video satu minit yang dimuat naik dalam talian, dengan berkata: "Saya Dean Phillips dan saya mencalonkan diri sebagai Presiden Amerika Syarikat." - Agensi
#Joe Biden #pilihan raya #Amerika Syarikat #Dean Phillips