DUNIA
Campur tangan Trump elak perang "malapetaka" di Asia Selatan - PM Pakistan
Shehbaz berkata alaupun berada pada kedudukan yang kuat, Pakistan bersetuju dengan gencatan senjata hasil perantaraan kepimpinan berani dan berwawasan Presiden Donald Trump. - Foto Reuters
NEW DELHI: Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif pada Jumaat memberitahu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memainkan peranan penting dalam mengelakkan "perang malapetaka" di Asia Selatan pada Mei tahun ini ketika negaranya dan India terlibat dalam konfrontasi ketenteraan selama empat hari.
Ringkasan AI
Di tengah-tengah kebimbangan antarabangsa berhubung pertempuran itu, kedua-dua negara bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata pada 10 Mei.
"Walaupun berada pada kedudukan yang kuat, Pakistan bersetuju dengan gencatan senjata hasil perantaraan kepimpinan berani dan berwawasan Presiden Donald Trump. Kami merakamkan penghargaan mendalam kepada beliau dan pasukannya atas peranan aktif mereka dalam merealisasikan gencatan senjata itu," kata Shehbaz dalam ucapannya di PBB.
"Usaha Presiden Trump untuk keamanan membantu mengelakkan perang yang lebih berbahaya di Asia Selatan. Jika beliau tidak campur tangan tepat pada masanya dan secara tegas, akibat daripada perang skala penuh pasti menjadi malapetaka," katanya.
Atas sebab ini, pemimpin Pakistan itu berkata negaranya telah mengesyorkan agar Trump layak menerima Hadiah Keamanan Nobel.
Shehbaz mendakwa tentera Pakistan menembak jatuh tujuh pesawat India semasa pertempuran pada 7 hingga 10 Mei.
Ucapan perdana menteri Pakistan di PBB itu dibuat sehari selepas beliau dan Panglima Tentera Darat Pakistan Fil Marsyal Asim Munir bertemu dengan Trump di Rumah Putih.
Shehbaz berkata Pakistan bersedia untuk mengadakan rundingan mengenai semua isu yang masih tertangguh, termasuk Kashmir dan Perjanjian Air Indus.
"Pakistan bersedia untuk dialog mengadakan dialog pelbagai bidang, komprehensif dan berorientasikan hasil dengan India mengenai semua isu tertunggak," katanya.
Serangan genosid oleh Israel dikecam
Perdana menteri Pakistan itu dalam ucapannya turut mengutuk sekeras-kerasnya serangan genosid Israel di Gaza, penempatan haram Yahudi dan pendudukan wilayah Palestin yang berlarutan selama puluhan tahun.
Beliau berkata rejim Yahudi itu telah menindas wanita dan kanak-kanak Palestin dengan "keganasan yang tidak terkatakan" dan kekejaman terhadap rakyat Palestin merupakan "antara tragedi paling menyayat hati pada zaman kita."
Kepimpinan Israel dalam tindakan membuta tuli terhadap matlamat jahatnya telah melancarkan kempen yang akan dikenang sebagai antara babak paling gelap dalam sejarah.
Shehbaz mengulangi sokongan Pakistan terhadap penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka sepenuhnya berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu negaranya.
"Palestin tidak boleh lagi kekal di bawah belenggu Israel. Ia mesti dibebaskan," katanya.
Mengenai isu memerangi keganasan, beliau berkata Pakistan kini berdepan keganasan yang ditaja pihak luar dan kumpulan bersenjata yang dibiayai oleh pihak asing.
Beliau berkata negara itu telah kehilangan 90,000 nyawa dan mengalami kerugian kewangan bernilai AS$150 bilion dalam operasi menentang kumpulan pengganas selama dua dekad.
Perdana menteri Pakistan itu turut menyeru langkah-langkah berkesan untuk memerangi Islamofobia.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Shehbaz Sharif puji Donald Trump kerana memainkan peranan penting mengelakkan perang besar antara Pakistan dan India pada Mei, serta mencadangkan beliau untuk Hadiah Keamanan Nobel.
- Pakistan sedia rundingan dengan India mengenai isu tertunggak termasuk Kashmir dan Perjanjian Air Indus, sambil menekankan komitmen terhadap dialog komprehensif.
- Pakistan kecam serangan Israel di Gaza dan ulang sokongan kepada negara Palestin merdeka bersempadan pra-1967, selain menyeru tindakan menentang Islamofobia dan keganasan yang ditaja pihak luar.
Di tengah-tengah kebimbangan antarabangsa berhubung pertempuran itu, kedua-dua negara bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata pada 10 Mei.
"Walaupun berada pada kedudukan yang kuat, Pakistan bersetuju dengan gencatan senjata hasil perantaraan kepimpinan berani dan berwawasan Presiden Donald Trump. Kami merakamkan penghargaan mendalam kepada beliau dan pasukannya atas peranan aktif mereka dalam merealisasikan gencatan senjata itu," kata Shehbaz dalam ucapannya di PBB.
"Usaha Presiden Trump untuk keamanan membantu mengelakkan perang yang lebih berbahaya di Asia Selatan. Jika beliau tidak campur tangan tepat pada masanya dan secara tegas, akibat daripada perang skala penuh pasti menjadi malapetaka," katanya.
Atas sebab ini, pemimpin Pakistan itu berkata negaranya telah mengesyorkan agar Trump layak menerima Hadiah Keamanan Nobel.
Shehbaz mendakwa tentera Pakistan menembak jatuh tujuh pesawat India semasa pertempuran pada 7 hingga 10 Mei.
Ucapan perdana menteri Pakistan di PBB itu dibuat sehari selepas beliau dan Panglima Tentera Darat Pakistan Fil Marsyal Asim Munir bertemu dengan Trump di Rumah Putih.
Shehbaz berkata Pakistan bersedia untuk mengadakan rundingan mengenai semua isu yang masih tertangguh, termasuk Kashmir dan Perjanjian Air Indus.
"Pakistan bersedia untuk dialog mengadakan dialog pelbagai bidang, komprehensif dan berorientasikan hasil dengan India mengenai semua isu tertunggak," katanya.
Serangan genosid oleh Israel dikecam
Perdana menteri Pakistan itu dalam ucapannya turut mengutuk sekeras-kerasnya serangan genosid Israel di Gaza, penempatan haram Yahudi dan pendudukan wilayah Palestin yang berlarutan selama puluhan tahun.
Beliau berkata rejim Yahudi itu telah menindas wanita dan kanak-kanak Palestin dengan "keganasan yang tidak terkatakan" dan kekejaman terhadap rakyat Palestin merupakan "antara tragedi paling menyayat hati pada zaman kita."
Kepimpinan Israel dalam tindakan membuta tuli terhadap matlamat jahatnya telah melancarkan kempen yang akan dikenang sebagai antara babak paling gelap dalam sejarah.
Shehbaz mengulangi sokongan Pakistan terhadap penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka sepenuhnya berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu negaranya.
"Palestin tidak boleh lagi kekal di bawah belenggu Israel. Ia mesti dibebaskan," katanya.
Mengenai isu memerangi keganasan, beliau berkata Pakistan kini berdepan keganasan yang ditaja pihak luar dan kumpulan bersenjata yang dibiayai oleh pihak asing.
Beliau berkata negara itu telah kehilangan 90,000 nyawa dan mengalami kerugian kewangan bernilai AS$150 bilion dalam operasi menentang kumpulan pengganas selama dua dekad.
Perdana menteri Pakistan itu turut menyeru langkah-langkah berkesan untuk memerangi Islamofobia.
-- BERNAMA

#perdana menteri pakistan
#Shehbaz Sharif
#Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
#elak malapetaka
#Asia Selatan