awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Carrie Lam pertahan dasar COVID-19 yang diambil kerajaan

Astro Awani
Astro Awani
22/01/2022
23:00 MYT
Carrie Lam pertahan dasar COVID-19 yang diambil kerajaan
Selama berbulan-bulan Hong Kong melaksanakan dasar kawalan perjalanan dan kuarantin yang sangat ketat. - Foto AP
HONG KONG: Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam mempertahankan tindakan menangani COVID-19 oleh kerajaannya, ketika wilayah itu menghadapi peningkatan kes baharu di penempatan padat.
Lam memanggil sidang akhbar pada petang Sabtu bagi kes jangkitan varian Omicron di kawasan perumahan awam Kwai Chung di pinggir bandar Kowloon.
Tambahnya, pihak berkuasa mahu memastikan "tidak akan ada jangkitan wabak komuniti besar-besaran" di Hong Kong.
"Orang ramai telah bertanya tentang dasar sifar COVID-19 ini. Saya telah mengatakannya berkali-kali, ia bukan sifar mutlak. Ia adalah "dinamik sifar".
"Ia adalah satu bentuk cubaan untuk menangani setiap kali ada kes. Ini juga strategi tanah besar. Mereka telah mengalami wabak sporadis ini di pelbagai bandar, terutamanya sejak kebelakangan ini.
"Jadi perkara penting adalah di bawah strategi kami, kami mengukuhkan kapasiti kami untuk menangani episod wabak ini dengan menyekat penyebaran varian secepat mungkin, supaya tidak akan ada wabak komuniti besar-besaran di Hong Kong," katanya.
Selama berbulan-bulan Hong Kong melaksanakan dasar kawalan perjalanan dan kuarantin yang sangat ketat, dan dengan tahap kesedaran dan perlindungan awam yang tinggi selepas pengalaman menghadapi jangkitan (sindrom pernafasan akut teruk) SARS yang dibawa dari tanah besar China sekitar tahun 2003.
Bagaimanapun, di sebalik langkah berjaga-jaga yang diambil, Hong Kong tetap berhadapan dengan jangkitan baha u yang mana merupakan "gelombang kelima" kes COVID-19.
Bilangan jangkitan masih sangat rendah berbanding dengan banyak negara lain di seluruh dunia.
Sekolah ditutup sehingga selepas cuti Tahun Baru Cina pada Februari dan restoran tidak dibenarkan operasi selepas jam 6 petang.
Topic Berkaitan
#Carrie Lam
#Hong Kong
#COVID-19
#Omicron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan