DUNIA
AS catat kes campak tertinggi sejak 1992
Menurut CDC, sebanyak 92 peratus daripada keseluruhan kes berlaku dalam kalangan individu yang tidak menerima vaksin atau tidak diketahui status vaksinasinya. - Gambar hiasan
LOS ANGELES: Amerika Syarikat (AS) mencatatkan 1,618 kes campak dengan tiga kematian setakat tahun ini, jumlah tertinggi sejak 1992, lapor Agensi Berita Xinhua memetik data rasmi yang dikeluarkan pada Rabu.
Daripada jumlah itu, sebanyak 1,595 kes dilaporkan di 42 wilayah dalam negara, manakala 23 kes melibatkan pelawat antarabangsa ke AS, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.
Angka itu menjadikan jumlah jangkitan tertinggi di negara itu sejak 1992, apabila CDC merekodkan 2,126 kes campak.
Daripada kes yang disahkan tahun ini, sebanyak 198 kes atau 12 peratus memerlukan rawatan di hospital, termasuk 95 kanak-kanak berumur bawah lima tahun.
Tiga individu dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit itu.
Menurut CDC, sebanyak 92 peratus daripada keseluruhan kes berlaku dalam kalangan individu yang tidak menerima vaksin atau tidak diketahui status vaksinasinya.
Pakar kesihatan awam berkata peningkatan mendadak itu menunjukkan penularan semula wabak campak di AS dan menekankan kepentingan liputan vaksinasi yang menyeluruh.
-- BERNAMA